Showing posts with label zaman kini. Show all posts
Showing posts with label zaman kini. Show all posts

February 19, 2012

Zaman Kini: Dendang Perantau


Selamat datang stalker (s) baru.



October 9, 2011

Zaman Kini: Peringatan Buat Diri Sendiri


Berhenti berangan-angan,fokus pada matlamat utama dan jangan pedulikan hal orang-orang keliling. Yang penting,berhenti berharap.




September 25, 2011

Zaman Kini: Salam Perantauan


Alhamdulillah,sudah selamat sampai ke kampung Ryan Giggs seminggu yang lalu.
Setakat ni tiada apa yang bosan selain daripada tiada teman untuk berbicara soal barangan vintaj,polaroid,gigs,konsert,puisi dan teater.

Antara perkara-perkara yang aku mahu capai bila berada di sini adalah bergambar di Abbey Road, membeli-belah barangan The Beatles, pergi ke konsert UK bands yang diminati, mendapat skrol masters degree dan mendapat pasangan hidup.


P/s: Doakan aku ya.

September 14, 2011

Zaman Kini : Selamat Tinggal Kuala Lumpur


Semoga dipanjangkan rezeki dan waktu untuk bertemu lagi.








P/s: Mohon doanya ya kalian.

August 28, 2011

Zaman Kini : Raya


Raya aku pikir dah kurang maknanya bila orang JPA kata "Maaf, saya belum perolehi lagi" masa aku tanya beliau berkenaan dengan tiket penerbangan aku ke London dan Manchester.
Bertambah tertekan bila aku dapat tahu aku akan merayau keseorangan tanpa teman di London dan Manchester sebelum ke Wales.
Dan untuk itu, walau apa pun yang terjadi, aku harap siapa-siapa yang terdatang ke blog aku ini dapat doakan urusan aku ke UK berjalan lancar.
Pada yang ada niat nak belanja aku makan sebab nak mintak aku belikan baju bola atau Iphone 5, kalian sempat lagi nak berbuat demikian sebelum 15hb 9.

"Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin"


August 13, 2011

Zaman Kini : Rosak


Cerita ini bermula bila Orang Tua S yang selama ini rapat dengan Orang Muda J mendapat khabar dari adik Si Orang Muda J yang dia ni tengah merenyam dengan laki orang. Kata adik dia lagi, Si J ni dah tak sedar diri, dah 'rosak'. Cakap dengan mak pergi Penang,cakap dengan ayah pergi Singapore. Rosak,memang dah rosak Si J ni.
Orang Tua S yang dengarkan cerita ni rasa bertanggungjawab pula untuk beri amaran pada mak ayah Si J,bukan amaran semacam marah,tapi amaran berbentuk nasihat. Dinasihatnya supaya mak ayah J siasat apa aktiviti J di luar rumah;kenapa dia duduk menyewa rumah lain sedangkan rumah mak ayahnya juga di satu kampung dengan rumah sewa itu. Untuk lebih puas hati, Orang Tua S letak status di Facebook "kenapa mak ayah dia percaya sgt ckp dia tu si pembohong". Dengar ceritanya, status begini ditulis sebagai dakwah halus untuk sedarkan si empunya diri.
Dan bermula dari hari status ini ditulis, terjadilah 'peperangan' berbalas status antara Orang Tua S dan Si J ni. Dakwah halus yang digunakan Orang Tua S memang tidak menjadi, malah kesannya lebih teruk bila Si J ni langsung taknak sedar dirinya sedang dipermainkan dek laki orang. Lebih parah lagi bila Si J ni kata Orang Tua S sibuk jaga hal tepi kain dia, sedangkan anak-anak Orang Tua S di bandar entah macam mana lah gayanya. Susah, susah kalau begini. Orang Tua S sudah mula malas dengan si budak seorang ini, "biarlah nak jadi apa pada dia, nanti dah tergadah, dah terbunting baru nak panggil nama aku."

July 31, 2011

Zaman Kini : Akhirat


"Mimi (bukan nama sebenar), apa akan jadi pada keluarga kita di akhirat nanti?", tanya seseorang kepada aku.

"Entah", jawab aku.




July 30, 2011

Zaman Kini : Lelaki melayu


"Kat sini boleh memancing..tapi saya nak pancing awak...typical malay Man!!!!"

"Biasalah lelaki Melayu nih penuh dgn kiasan.."


Antara kata-kata kawan aku yang penuh emosi bila berbicara soal lelaki khasnya lelaki melayu.


July 20, 2011

Zaman Kini : Mengemaskini Checklist

1) Visa

2) Bukak akaun HSBC BELUM BUAT

3)Gemukkan badan MASIH DALAM USAHA

4)Install Whatsapp dalam Android MASIH BELUM UPDATE

5)Makan sambal belacan & maggi puas-puas MASIH BELUM PUAS

6)Tengok semua episod Criminal Minds MASIH BELUM HABIS

7) Beli vintage traveler's bag

8) Melepak dengan lecturer-lecturer lama

9) Tengok semua latest episod Pretty Little Liars

10) Improve prestasi anak-anak murid

11) Beli baju kurung lagi 2,3 helai

12) Beli jaket

13) Kemaskini beg

14) Follow up dengan JPA pasal tiket

15) Kenduri farewell

July 14, 2011

Zaman Kini : Iklan sekarang makin kurang kualiti


Sebagai penganggur yang banyak masa terluang pada setiap harinya,aku memang mengambil berat sikit tentang benda-benda yang dipaparkan dekat tv. Setakat cerita dongeng kanak-kanak Indonesia ataupun cerita drama Matahari lakunan si Lisdawati dekat tv3 tengah-tengah malam tu aku tak heran sangat tahap kualiti dia. Yang buat aku bengang tu bila tv pasang iklan-iklan banyak terutama sekali iklan berkaitan raya. Ada engkau pernah tengok iklan Kamdar yang promosi baju raya tu? Ataupun iklan Cornflakes yang si Maria Tunku Sabri Jalan Jalan Cari Makan berlagak comel bila makan Cornflakes sambil buat kuih raya tu? Aku memang menyampah betul dengan iklan-iklan macam ni. Nak kata aku ada personal hatred dekat Kamdar atau si Maria tu tak mungkin jugak (walaupun aku agak geli bila tengok si Maria makan dengan lahap dalam Jalan Jalan Cari Makan dulu). Cuma aku rasa agak terkilan dengan syarikat-syarikat yang beria paparkan kelengkapan untuk beraya sedangkan bulan puasa pun belum sampai lagi. Apa diaorang ingat kelengkapan untuk beraya tu lagi penting ke daripada berpuasa?Aku bengang betul ni. Rasa macam nak tutup aje tv setiap kali iklan-iklan macam ni datang.



Hakikat sebenar : Aku tengah kecut perut sebab ada lagi 2 hari hutang belum ganti puasa.


July 8, 2011

Zaman Kini: Aku seorang cikgu


Pelajar Form 5: "Awak ni cikgu ke? Macam anak murid."

Pelajar Darjah 2: "Cikgu,kita taktau macam mana nak tulis 'b' dengan 'd' dalam huruf kecik. Kalau 'b' bulat dia depan ke belakang?"

Pelajar Darjah 5: "Cikgu,kita mengantuk la.Dah la belum makan nasik lagi."

Pelajar Form 4: "Err awak,penat la tadi ada latihan kawad.Esok dah la ada Hari Sukan Sekolah."


*********************

Kepada Cikgu Salina (Kepong), Cikgu Mas & Cikgu Melati (Setapak) dan Encik Ibrahim (Shah Alam),tolong ampunkan dosa-dosa saya yang terdahulu dan redhakan saya untuk menjadi seorang cikgu tuisyen.
Terima kasih.


Lagu tema: Nantes by Beirut

July 6, 2011

Zaman Kini: Checklist terpaling baru sebelum berangkat


1) Passport

2) Visa BUAT MINGGU DEPAN

3) Result scholarship

4) IELTS test

5) Bukak akaun HSBC BELUM BUAT

6) Hantar surat resign

7) Kumpul duit at least RM10k (TAK MAMPU)

8) Tangkap gambar dengan abang/adik KTM (DAH PINDAH STATION)

9) Pajamas Party dengan girlfriends

10)Lunch/dinner date dengan boyfriends

11) Shopping winter clothes (BELI KAT SANA)

12)Cakap hai dekat orang CIMB (DAH ADA AWEK)

13)Gemukkan badan DALAM USAHA

14)Hafal lagu Arctic Monkeys + Belle & Sebastian supaya senang pergi konsert

15)Beli HP Mini (SUDAH BAIKI LAPTOP)

16)Install Whatsapp dalam Android BELUM UPDATE

17)Makan sambal belacan & maggi puas-puas BELUM PUAS

18)Tengok semua episod Criminal Minds BELUM HABIS

19)Gunting rambut macam kakak ABBA

20)Berbaik balik dengan Teman Sekelas Y MALAS NAK BAIK

June 26, 2011

Zaman Kini : Hilang upaya


Manusia memang begitu,bila sudah hilang upaya baru tergadah nak ingat daratan. Baru nak pulang ke tempat asal. Baru nak kembali ke perangai sebenar.
Macam aku yang dah menganggur selama lebih sebulan ni. Entah apa yang buat aku jadi hilang punca & hilang upaya pun aku tak tahu. Yang pastinya aku hanya menambah energi yang makin lama makin tidak digunakan langsung pada setiap hari. Tidur pada dinihari dan bangun pada petang hari sudah cukup petanda bahawa aku memang kutu. Sebagai kutu aku rasa tidak perlu langsung untuk aku ada perasaan kehilangan ini. Tapi hakikatnya,aku memang telah lost. Dan mula mencari permainan dan kegemaran yang bukan-bukan. Mula-mula yang bukan-bukan ini memang seronok walaupun bodoh. Sampai satu tahap aku rasa aku memang perlu kembali ke pangkal jalan.
Jadi aku cuba dengan keluar dari rumah. Cuba untuk jauh dari segala macam berkenaan internet. Bermula dengan event Art For Grabs + KL Alternative Bookfest 2011 ,aku tahu aku dah mula kembali ke tempat asal aku. Dekat situ aku dapat sebuah buku Penguin Book, sebuah buku Jayzuan dan sebuah buku Aloy Paradoks. Bagaikan dilahirkan semula selepas membaca buku-buku ini (walaupun buku Penguin Book belum kusentuh).
Aku harap aku dapat temui 'aku' yang lagi satu lepas dah selesai Urbanscapes 2011 dan siap tengok Teater Kotak Hitam nanti.


June 13, 2011

Zaman Kini : Keselesaan atau kewangan?


Sekarang ni aku dalam dilemma samada nak duduk asrama atau pun nak menyewa bilik. Duduk asrama seronok sikit bagi aku,bilik pun macam lengkap aje ada katil,meja,dan tong sampah. Cuma masalahnya kena berkongsi dengan kaum lelaki. Aku tau benda ni normal kat sana, tapi itu la. Aku tak yakin dengan diri aku sendiri. Takut terjebak T_T

Ada kawan ajak sewa rumah sekali,katanya murah sikit berbanding duduk asrama. Masalahnya ada ke rumah sewa murah yang fully furnished ada katil,meja,tong sampah dan segala. Pening aku bila pikir masalah ni. Kalau nak mintak asrama kena bayar deposit dulu. Adoi.



Lagu Tema: Torn by Natalie Imbruglia

June 6, 2011

Zaman Kini : Aku yang buta atau mereka yang tuli


"Everyone is invited"

3 perkataan di atas betul2 buat aku bingung setiap kali aku pergi ke bazaar-bazaar kecil atau garage sales atau preloved party. Katanya semua orang dijemput tapi kenapa mereka perlu bersikap judgmental pada orang-orang biasa/kebanyakan macam aku? Katanya semua orang dijemput tapi kenapa mereka perlu bersikap acuh tidak acuh bila melayan orang-orang biasa/kebanyakan macam aku?

Adakah 'everyone' itu hanya merujuk kepada orang kaya yang memakai kasut tinggi dan mengendong designer's bags? Atau merujuk kepada orang yang memakai tudung tanpa pin yang memandang sinis kepada orang yang memakai tudung seperti biasa?

Perlukah knowledge/experience seseorang itu di-judge berdasarkan cara pemakaian semata?

Satu saja pesan aku, jangan kamu pandang remeh pada orang lain yang tidak seperti kamu. Kerana kemungkinan dia lebih dulu mengenal semua benda dari kamu dan dia juga mungkin bukan orang yang hipokrit untuk mengikut apa saja trend masa kini.


June 4, 2011

Zaman Kini: Kata orang antara penghuni neraka adalah mereka yang suka buat kelakar


Kamu mahu tahu apa yang kelakar?
Aku hampir terjatuh katil bergelak ketawa bila 'tunang' mu SMS aku (menggunakan nombor kamu) menyuruh aku jangan menganggu kamu lagi.
Yang lebih kelakar bila terkantoi yang kamu itu bertunang pun belum.

Sudah lah kawan, aku hampir bosan dengan permainan kamu. Ayuh, kita jadi matang?

April 30, 2011

Zaman Kini : Percakapan dari sekeping hati


Kelmarin aku beria-ia yakinkan Kakak Kedua yang lelaki 'hantu' itu adalah jodoh aku. Macam-macam falsafah yang aku keluarkan termasuk falsafah yang mengatakan lelaki itu bertindak seperti itu hanya kerana dia merasakan kami terlalu jauh untuk memulakan sesuatu; jadi aku juga bertindak nekad untuk menunggu dia. Mana tahu jodoh yang kuat membawa aku ke sana, atau dia ke sini. Dan Kakak Kedua hanya mengangguk, tidak tahu tanda setuju atau tanda malas mahu layan.

Hari ini aku berbincang lagi dengan Ramlee tentang lelaki 'hantu' itu. Aku sebenarnya mahu dengar sendiri dari perasaan seorang lelaki tentang perkara ini. Aku yakin falsafah aku betul dan aku yakin Ramlee akan setuju dengan falsafah aku. Aku salah. Ramlee tetap dengan pendiriannya. Lelaki 'hantu' itu katanya bukan untuk aku.

Dan tadi lelaki itu tiba-tiba muncul. Aku tak se-excited seperti dulu. Mungkin aku pun sudah nampak rasionalnya. Ya, dia hanya muncul untuk minta aku lupakan dia. Dia hanya muncul untuk bercerita bahawa dia sudah ada yang punya. Walaupun aku tidak bertanya tentang itu. Dan aku sudah mula jelik.


April 19, 2011

Zaman Kini : Checklist baru sebelum berhijrah


1) Passport

2) Visa BELUM BUAT

3) Result scholarship PENDING JPA OFFER LETTER

4) IELTS test

5) Bukak akaun HSBC BELUM BUAT

6) Hantar surat resign

7) Kumpul duit at least RM10k BELUM CECAH

8) Tangkap gambar dengan abang/adik KTM DAH PINDAH STATION

9) Pajamas Party dengan girlfriends BELUM BUAT

10)Lunch/dinner date dengan boyfriends BELUM BUAT

11) Shopping winter clothes BELUM BELI

12)Cakap hai dekat orang CIMB DAH BENTI KEJE (?)

13)Gemukkan badan BELUM GEMUK

14)Hafal lagu Arctic Monkeys + Belle & Sebastian supaya senang pergi konsert

15)Beli HP Mini BELUM BELI

16)Install Whatsapp dalam Android

17)Makan sambal belacan & maggi puas-puas

18)Tengok semua episod Criminal Minds BELUM HABIS

19)Gunting rambut macam kakak ABBA BELUM GUNTING

20)Berbaik balik dengan Teman Sekelas Y BELUM BAIK


Kata kaki: Ceh banyak lagi benda belum setel sebenarnya.