April 30, 2011

Zaman Kini : Percakapan dari sekeping hati


Kelmarin aku beria-ia yakinkan Kakak Kedua yang lelaki 'hantu' itu adalah jodoh aku. Macam-macam falsafah yang aku keluarkan termasuk falsafah yang mengatakan lelaki itu bertindak seperti itu hanya kerana dia merasakan kami terlalu jauh untuk memulakan sesuatu; jadi aku juga bertindak nekad untuk menunggu dia. Mana tahu jodoh yang kuat membawa aku ke sana, atau dia ke sini. Dan Kakak Kedua hanya mengangguk, tidak tahu tanda setuju atau tanda malas mahu layan.

Hari ini aku berbincang lagi dengan Ramlee tentang lelaki 'hantu' itu. Aku sebenarnya mahu dengar sendiri dari perasaan seorang lelaki tentang perkara ini. Aku yakin falsafah aku betul dan aku yakin Ramlee akan setuju dengan falsafah aku. Aku salah. Ramlee tetap dengan pendiriannya. Lelaki 'hantu' itu katanya bukan untuk aku.

Dan tadi lelaki itu tiba-tiba muncul. Aku tak se-excited seperti dulu. Mungkin aku pun sudah nampak rasionalnya. Ya, dia hanya muncul untuk minta aku lupakan dia. Dia hanya muncul untuk bercerita bahawa dia sudah ada yang punya. Walaupun aku tidak bertanya tentang itu. Dan aku sudah mula jelik.


2 comments:

Hashim Zabidi said...

kamu telah menelahnya sebelum tahu
andaian demi andaian,
demi pernyataan itu
jelas dia bukan pilihan.

Syamims B said...

Dia bukan untuk sesiapa. Kerana dia hanya wujud di dunia untuk mengacau anak Adam.