Showing posts with label zaman lampau. Show all posts
Showing posts with label zaman lampau. Show all posts

July 20, 2011

Zaman Lampau : Pengalaman aku ditikam dari belakang


Kalau nak cerita pasal pengalaman kena tikam dari belakang ni aku rasa tulis dalam 1 buku pun tak habis. Tapi bila dengar lagu Graduation by Vitamin C itu hari aku tiba-tiba teringat pengalaman kena tikam dari belakang versi halus fasa 1 masa aku sekolah menengah rendah.
Dulu subjek yang aku paling minat sekali dekat sekolah ialah subjek English. Aku pun kurang ingat dan kurang pasti sebab utama aku minat subjek ni; mungkin sebab aku suka pada bahasanya atau mungkin jugak sebab aku suka dekat semua tenaga pengajar untuk subjek English yang memang sinonim dengan sifat energetik mereka (termasuklah tenaga pengajar untuk subjek BEL (English) dekat UiTM). Kisah ini bukan pasal tenaga pengajar yang suka melompat-lompat di dalam kelas tu,tapi kisah seorang kawan kelas aku yang tak sama bangsa dengan aku (jangan insert unsur racism dekat sini) yang dah mengkhianati aku.
Aku tak ingat apa yang jadi dan macam mana keadaan sebenar ketika itu. Yang aku ingat, aku rasa seronok amat macam lelaki-lelaki dekat mamak yang gembira bila pasukan bola pilihan mereka berjaya jaringkan gol sebab aku dapat siapkan lebih kurang 3 short poems rekaan sendiri seperti yang teacher English aku mintak sehari sebelumnya. Terlalu seronok sampai aku terkinja-kinja melompat-lompat bercerita dengan setiap isi di dalam kelas yang aku ada 3 short poems rekaan sendiri sambil menunjuk-nunjuk kertas yang aku tulis short poems itu. Terlalu gembira rasanya aku bila kawan-kawan kelas berebut nak ambik kertas yang aku tulis short poems itu untuk membaca poems nya.
Dan akibatnya, seorang dari kawan-kawan kelas aku tanpa rasa bersalah meniru salah satu poems rekaan sendiri itu.
Dan dia dipuji oleh teacher English aku.
Sedangkan aku tidak.








Celaka.


July 6, 2011

Zaman Lampau: Ingin lari dari rumah


Saat-saat aku tengah pening kepala pasal nak buat visa,aku teringat masa zaman aku sekolah dulu yang terlalu bersemangat nak lari dari rumah. Masa tu macam-macam hal jadi kat dalam rumah aku sebab syaitan terlalu banyak berkeliaran (literally). Mama semacam hilang separuh akal sebab 'dibuat' orang. Pergaduhan sana sini memang buat aku yang baru darjah 6 ketika itu sangat tertekan sebab tak dapat nak fokus ketika menonton videoklip terbaru The Backstreet Boys (masa tu lagu yang paling ditunggu videoklipnya adalah All I Have To Give). Jadi aku dalam senyap-senyap merancang untuk keluar dari rumah dengan niat suci untuk mencari rumah Nick Backstreet Boys.
Dalam pada tengah serius merancang plan untuk keluar rumah senyap-senyap,aku ada juga berbincang dengan rakan-rakan sebaya tentang hal ini.Aku memang bertambah teruja bila dapat tahu ada kawan-kawan yang nak join plan aku.Jadi kami adakan mesyuarat hari jumaat setiap minggu untuk membincangkan agenda lari dari rumah ini.
Yang aku ingat,tempat mesyuarat ketika itu adalah di taman permainan belakang rumah aku.Lepas habis sekolah agama,terus kami bawak basikal menuju ke taman permainan ni.Ada yang ambik tempat jadi ketua,ada yang jadi setiausaha,ada yang tukang mengangguk,dan ada juga tukang menangis.Yang pastinya,kami ada merancang sesuatu yang besar (bizarre) ketika itu.Yang dalam harapan kami ibu bapa mesti akan terkejut dan menghargai kami setelah kami buat perkara besar itu (dalam umur sekecil 12 tahun perasaaan tidak dihargai ibu bapa memang akan wujud).
Selama lebih 2,3 minggu kalau tak silap aku mesyuarat ni dijalankan.Ketua memberi ide agar kami mengubah bentuk basikal supaya bertambah laju dan bertambah fungsi.Aku ketika itu diberi tugas sebagai designer basikal.Bertungkus-lumus aku dan Si Ketua merancang agar basikal yang gah dapat dihasilkan.Rakan-rakan yang lain hanya mendengar dan memerhati.Ada juga yang mintak izin mahu pulang awal untuk makan malam.
Aku tak ingat bila persatuan lari dari rumah ini dibubarkan,kerana ketika itu ahli persatuan semakin lama semakin kurang.Mereka termakan dengan pujuk rayu ibu bapa mereka.Aku dan Si Ketua memang sangat loyal dalam persatuan ini.Maklumlah,yang paling banyak bagi ide pun aku dan dia saja.

*****************

Dalam usia 20an ini,aku masih lagi teringin untuk lari dari rumah.Sebab itu aku buat pilihan mahu pergi jauh dari Malaysia.Tapi bukan sebab apa yang terjadi di rumah.Syaitan masih berkeliaran,tapi kami semakin kuat.
Impian untuk pergi ke negara David Beckham memang sudah lama aku simpan sejak tak jadi nak lari dari rumah masa darjah 6 dulu.Cuma kali ini sebabnya lebih matang,bukan lagi untuk mencari rumah Nick Backstreet Boys.

March 26, 2011

Zaman Lampau : Mimpi yang kering tapi aneh (?)


Hari tu aku ada termimpi diaorang. Aku mimpi Teman Sekelas W dan Teman Sekelas WJ. Dalam mimpi tu diaorang dah kahwin tapi masih menetap dekat kolej aku. Menetap 1 bilik pulak tu dengan suami diaorang. Menetap-di-kolej-dengan-suami-dalam-1-bilik. Aku rasa benda tu tetap salah walaupun hubungan dah halal. Lagi-lagi bila aku teringat balik sejarah aku dengan 2 makhluk puaka ni.

Sekitar October 2009 Sabtu 8.40 malam-
Si W text aku malam tu. Katanya boyfriend dia budak hiphop bibir gelap nak tumpang tidur dekat rumah kitaorang. Aku memang pantang bab-bab lelaki tidur rumah perempuan. Bukan nak kata aku alim warak pun. Cuma aku tak suka bila JAIS serbu nanti aku pun kena angkut naik jip diorang. Jadi aku pun bangkang idea dia tu.

Sekitar October 2009 Sabtu 9.30 malam-
Si W text aku lagi. Katanya dia dengan boyfriend dia budak hiphop bibir gelap dah dalam perjalanan ke rumah kitaorang dan suruh aku keluar dari bilik (aku dengan W adalah rommies). Dengan polaknya aku tukar seluar pendek aku ke seluar panjang dan ambik selimut bantal dan bawak buku Islamic Economics ke ruang tamu. Dan malam itu aku telah berjaya bersubahat dengan 2 orang gampang yang tanpa segan silu bermesra dalam bilik aku.

Sekitar February 2010 Ahad 5 petang-
Masa ni aku dah pindah rumah lain. Dah tak duduk dengan si W dah. Si W masa ni duduk serumah dengan si WJ. Petang tu housemate lama si A yang masih menetap di rumah diaorang text aku. Katanya dia syak si WJ ada bawak masuk boyfriend dia yang tak kacak tapi perasan model tu. Kebetulan si WJ adalah rommies dengan si W yang pernah ada sejarah bawak masuk lelaki dalam rumah. Jadi tanpa berpikir panjang aku terus pergi rumah lama konon nak serbu si WJ,si W dengan boyfriendnya si WJ yang tak kacak tapi perasan model tu. Tak sampai setengah jam,aksi tak bermoral diaorang bertiga terkantoi. Yang kelakarnya boyfriendnya si WJ menyorok dalam almari baju si W. Yang bertambah kelakar bila si W dengan muka tak malunya mengaku dia yang panggil boyfriendnya si WJ tidur di bilik diaorang sebab lelaki tu boleh gembirakan dia (mindfuck?).

Sekitar April 2010 Isnin 10 malam-
Housemate lama si A cerita dekat aku yang si W dan si WJ dah lama tak pergi kelas dan berubah macam orang yang betul-betul kena kejutan budaya. Masa ni aku dah malas nak melayan diaorang lagi dah. Jadi dengan segeranya aku terus putuskan hubungan dengan si W dan WJ.

Sekitar March 2011 Rabu 3 pagi-
Aku termimpi diaorang. Ya macam yang mula-mula aku cakap tadi,aku mimpi diaorang masih di kolej aku tapi dah kahwin. Dan yang peliknya,aku menumpang tidur di bilik si W. Adakah aku rindu diaorang?Atau aku rindu dekat boyfriend diaorang? Kelakar.


March 2, 2011

Zaman Lampau : Oh aku ada adik lagi Part 2


Kalau pasal adik perempuan gemuk mengada-ngada (Si Gemuk) ni memang banyak part nya. Sebab sepanjang kelahiran dia apa-apa yang terjadi mesti ada kena mengena dengan aku. Nak kata aku lebih sayang dia dari Si Penyibuk, rasanya tak mungkin sebab dia adalah makhluk paling menjengkelkan yang pernah aku jumpa (selepas Rakan Sekerja C, Teman Sekelas F, dan Kekasih Lama Z). Banyak sebenarnya cerita aku dengan Si Gemuk ni,cuma aku sekarang mengalami short-term memory loss yang menyebabkan aku kena makan dadah untuk atasi penyakit ini dan ironinya,aku alah dengan dadah. Dan aku telah terkeluar tajuk.

............................................

Aku ingat lagi,ada satu malam tu lepas balik dari opis, Mama panggil aku masuk bilik. Masa tu seingat aku Papa pergi masjid dan agak tak relevan kalau Papa bawak talipon sekali,jadi dia tinggalkan talipon yang hidup segan mati tak mahu tu dalam bilik. Masa aku masuk,aku tak perasan lagi yang Mama tengah bergolak dalam hati dia,dan mungkin masa tu air mata pun dah hampir keluar. Aku ni pulak kalau penat baru balik kerja memang malas nak layan siapa-siapa. Jadi aku masuk dan terus duduk atas katil. Mama diam sambil godam talipon hidup segan mati tak mahu tu. Bila aku tanya kenapa,baru Mama cakap,mintak aku baca Sent Items.

To: 012-xxxxxxx
"Haah,kitew sayang Alin kewtat-kewtat. Alin pun sayang kitew kewtat-kewtat kan. "

Mama: Kamu tengok la ni, entah dengan siapa la Papa kamu SMS sampai dah keluar sayang-sayang ni.
Aku: Hek? La Mama ni bukan Papa la ni adik (Si Gemuk) yang SMS dengan kawan dia yang nama Alin tu. Dia guna talipon Papa sebab dia bukan ada duit nak topup talipon dia pun.
Mama: Bukan la, ni Papa kamu. Mama tau la (dah mula menangis).
Aku: Adoi Ma, betul la ni adik punya SMS takkan la Papa nak tulis ayat-ayat W macam ni. Lagipun bila masa pulak orang tua tu tau nak sayang kewtat-kewtat pulak. Adoi.
Mama: Pergi panggil adik kamu.
Si Gemuk: Hahaha ni orang punya text la Ma,orang hantar dekat Alin semalam. Kitorang main ayat-ayat W macam ni nak ejek budak-budak rempit.
Mama: .................................


Katakaki: Budak ni memang layak menang Anugerah Anak Paling Gampang.



Si Penyibuk dan Si Gemuk

February 24, 2011

Zaman Lampau : Oh aku ada adik lagi Part 1


Beberapa tahun lepas kelahiran Si Penyibuk,aku tengok perut Mama buncit lagi. Kata Papa,aku akan dapat adik baru. Pening kepala aku dibuatnya. Yang seorang ni pun tak habis dijaga nak ada lagi seorang.

....................................

18/01/1996, lahirlah seorang budak perempuan gemuk mengada-ngada seberat 10 paun. Dengar-dengar cerita, Mama terpaksa dibedah untuk keluarkan budak perempuan gemuk mengada-ngada ni. Dengar-dengar lagi, budak perempuan gemuk mengada-ngada ni manja betul. Asyik nak menangis aja kerjanya. Lebih manja dari aku,tak boleh jadi ni.

....................................

18/01/2011,hari ni hari lahir adik perempuan gemuk mengada-ngada aku. Dari sebulan lepas lagi dah mintak macam-macam hadiah dengan aku. Kasut la beg la baju la,macam-macam. Tiap-tiap bulan mesti tanya, "M (bukan nama sebenar), gaji bulan ni kau kena bayar apa-apa tak sebab nak mintak kau belanja aku". Bukannya nak tanya macam mana keadaan aku kat tempat kerja,sibuk nak tanya gaji aku dah masuk ke belum. Tapi aku ingat lagi,masa kecik-kecik dulu budak ni memang suka menangis tak tentu pasal. Asal kena tinggal dengan Mama dan Papa je mesti menangis meraung macam orang gila. Yang paling buat aku rasa nak pelempang si budak gemuk mengada-ngada ni bila dia meraung macam bini mati laki sampai jiran 2,3 belah rumah datang marah kitorang kata kitorang tak pandai nak jaga adik. Tapi yang buat aku paling tak tahan bila dia terus berhenti menangis lepas Papa/Mama bagi duit dekat dia. Terus senyap. Terus diam. Tak cakap apa-apa. Bunyi apa pun takdak.

Patut la bila besar jadi macam ni.


February 6, 2011

Zaman Lampau : Kelakar Gila Bai.


Aku rasa kelakar dengan ujaran Akmall Arief petang tadi masa dia pop chat aku.
"Cari la bf".
Aku pun tak tahu kenapa,aku rasa kelakar.


Aku rasa kelakar bila Faten Hamamah panggil aku perempuan gila sambil baca puisi Cinta Hantu.
"Bercinta dengan hantu itu tak gemilang. Macam kau la. Orang gila".
Aku pun tak tahu kenapa,aku rasa kelakar.


Aku rasa kelakar bila baca satu blog blogger tu asyik kata diri dia dan kawan-kawan sekelab dia cantik.
"Don't hate us cause we are beautiful".
Aku pun tak tahu kenapa,aku rasa kelakar.


Aku rasa kelakar bila Senior Executive selalu sangat bagi kerja banyak dekat aku,seorang. Ya,bagi kerja BANYAK dekat aku SEORANG.
"M*** (bukan nama sebenar), you kan pandai Micr Excel ni. You buat kerja cepat bagus tau. You tolong I amend benda ni and create benda tu. Ala you kan pandai. You ni bagus la."
Aku pun tak tahu kenapa,aku rasa kelakar.


Aku rasa kelakar bila ada orang sibuk nak komen baju apa aku pakai bila aku keluar.
Part 1 (2009) : "Kau ni pakai apa ni,macam pelik je aku tengok. Kau suka pakai baju lama-lama dengan tudung kau ikat mengarut-ngarut macam ni.Entah apa-apa."
Part 2 (2010) : "Pehhh yuna siot. Gila ah,peniru yuna ni. Oh bulan~"
Part 3 (2011) : "Eh gila poser vintage dia ni,macam nak meniru blogger-blogger fashion kat internet tu kan."
Aku pun tak tahu kenapa,aku rasa kelakar.


Terima kasih la hiburkan hidup aku yang semakin lama semakin malap ni.




December 16, 2010

Zaman Lampau : Cerita Dalam KTMB

Semalam naik komuter,aku dapat nampak macam-macam betul ragam manusia nih. Yang mana menangis sebab kakak tak bagi cokelat,yang mana buat muka sebab tak dapat rebut tempat duduk,yang mana berpeluk sakan sebab tak sedar kiamat dah dekat,dan yang paling best,yang mana tak sedar diri ambik tempat duduk orang buta.Yang paling aku tak boleh nak tahan bila tengok budak-budak yang macam baru habis SPM dok sibuk berpeluk sakan dalam komuter. Bukannya takde tiang aku tengok, elok-elok dah orang KTM prepare kan tiang untuk kita pegang,diorang nak jugak pegang yang lain.Kadang aku kesian kat makcik-makcik sekeliling sebab terpaksa tengok budak-budak biadap macam ni.
Sebenarnya kejadian semalam ni betul-betul ingatkan aku masa aku first time naik komuter dulu (sekitar tahun 1996). Masa tu komuter pun baru mula nak operasi,aku naik dengan Mama,Papa,Kakak Sulung,Kakak Kedua,dan Si Penyibuk. Bukan main excited lagi dulu,siap berlari-lari kat dalam komuter (punya la tak ramai orang). Yang paling aku ingat,Si Penyibuk masa tu baru boleh bercakap,so semua benda pun dia nak tegur.Kerusi cantik la,keretapi bawak laju la,semua benda pun dia nak komen.Tapi ada satu benda yang dia komen memang aku ingat la sampai mati.

"Eh pondan, papa, tengok sebelah tu, orang pondan!"


Kok iye pun excited terlebih, tak payah la kau nak pergi tegur dengan cara paling peramah + comel kat akak-akak tu. Buat malu keluarga Pak B jela Si Penyibuk nih.






December 2, 2010

Zaman Lampau : Berbalik pada kisah kenangan di zaman kanak-kanak..

Dulu masa aku darjah 2, ada seorang ustazah (merangkap guru kelas) ni memang pantang kalau budak-budak bising dalam kelas dia. Bila ada je yang bising, hah mula la nak bagi denda yang bukan-bukan konon nak bagi budak tu insaf. Kadang-kadang bukan insaf pun budak-budak tu, makin menjadi-jadi ada la. Padan muka ustazah.

Yang aku ni pulak memang dari kecik jenis yang banyak mulut, kawan pulak dengan yang jenis mulut murai, memang mandi peluh le jawabnya ustazah tu nak ngontrol kitaorang. Masa darjah 2-darjah 3, geng aku ada 4 orang je; aku,amir,affan dengan siapa tah nama budak pompuan tu. So nak dijadikan cerita, kitaorang 4 orang ni tengah galok bercerita pasal apa tah aku pun dah lupa, mungkin pasal nasi lemak amir kot (si amir ni menjual nasi lemak kat sekolah) sampai kitaorang tak perasan yang ustazah tengah ralit pandang kitaorang. Dah kitaorang tak perasan,ustazah tu pun macam agak nak mengamuk jugak la hari tu. Apa lagi dia pun mula la nak plan denda bukan-bukan kat kitaorang.

Disebabkan ustazah ni memang kaki memalukan orang, dia tanpa segan dan silu paksa kitaorang main kahwin-kahwin (atau lebih tepat lagi bersanding) depan kelas. Shilanat lahabau betul aku rasa masa tu. Aku disuruhnya kahwin dengan si amir ketot tu. Dah la kena bersanding, kitaorang kena pegang tangan masing-masing pulak tu depan kelas. Sampai sekarang aku was-was dengan keadaan tu. Yela, aku dengan si amir tu bukannya muhrim, si affan dengan pompuan lagi seorang tu pun bukan ada pertalian darah. Yang ustazah sibuk-sibuk suruh kitaorang pegang tangan masing-masing tu kenapa tah? Aku pun tak paham mana ustazah ni dapat lesen jadi ustazah. Pelik aku.

Dah lepas bersanding tu apa lagi, time balik sekolah semua sibuk ejek kata si amir ni boyfriend aku. Biasa la budak-budak tak matang, memang ni jela bahan sehari-hari. Seingat aku la, aku takde pun rasa suka kat amir tu, aku cuma suka nasik lemak dia je.
Tapi tapi tiba-tiba aku rasa rindu dengan dia.
Mungkin ni la masanya untuk aku add dia dalam facebook.



Ish ish ish.


Lagu Tema: Jauh by Cokelat

October 29, 2010

Zaman Lampau : Pernah Dengar 'What You Give You Get Back?

December 2009

Department- Mortgage
Aku: 0 experienced-intern,kau: 2 years experienced-executive.
Layanan terhadap aku-Macam sampah,lagi hina kau buat aku dari kau buat makcik-makcik kerani.

October 2010

Department-Hire Purchase
Aku: 4 months experienced-executive,kau: 0 experienced-executive.
Layanan terhadap kau-Macam najis,lagi hina aku buat kau dari aku buat makcik-makcik vakuum.


*Macam mana sekarang,sedap tak duduk 'bawah' aku?



P/S: Ini takde kena-mengena dengan Scorpian.

April 6, 2010

Zaman Lampau : Kelahiran Seorang 'Penyibuk'


Beberapa bulan sebelum 14-01-1993.
Aku tengok Mama semakin hari semakin gemuk. Dan buncit. Apa yang Mama makan sampai badan Mama berubah macam ni sekali, aku pun tak tahu. Yang penting bagi aku waktu tu aku dapat susu dan nestum yang secukupnya dari Mama. Aku tak pernah sangka perut Mama yang buncit tu ada 'orang'. Patut la Mama selalu muntah-muntah dan sakit badan, rupanya 'orang' ni la yang buat Mama jadi macam tu. Aku marah sangat dekat 'orang' yang ada dalam perut Mama tu, sebab aku tak puas hati dia buat Mama macam ni. Haish. Aku tak puas hati bila saudara-mara datang diorang usap-usap perut Mama, diorang tak usap-usap pun rambut aku macam dulu. Bagi aku diorang semua dah tak sayang aku lagi, dah tak anggap aku intan payung diorang lagi. Mama dan Papa pun sama, diorang asyik-asyik kata nak shopping baju untuk 'orang' dalam perut Mama, diorang mana ada shopping baju aku lagi sejak perut Mama ada 'orang' tu. Aku jealous, kenapa tah si 'penyibuk' tu yang dapat publisiti lebih dari aku, sedangkan aku anak manja kesayangan famili. Aku mengamuk sepuas-puas hati aku.

14-01-1993.
Hari ni Mama kata si 'penyibuk' dah nak keluar dari perut Mama, sebab dia nak tengok dunia macam mana. Dia nak tengok muka kamu macam mana, Mama cakap. Ah aku tak percaya, bagi aku kelahiran si 'penyibuk' ni bakal buatkan kehidupan aku lebih susah dan sesak sebab Mama mesti dah tak sayangkan aku lagi lepas budak ni lahir. Time aku tengah feeling sorang-sorang fikir nasib dan masa depan aku, tiba-tiba Mama panggil. 'Baby bagi la nama dekat boboy ni, ni kan adik Baby', Mama cakap. Aku pelik, tapi aku suka. Mama kata si 'penyibuk' ni adik aku, eh betul ke? Aku boleh bagi nama kat adik aku, betul ke? Yes, Mama sayang dekat aku lagi, sebab Mama suruh aku bagi nama untuk adik aku. Masa tu nama lelaki yang aku paling ingat sekali :Mohd. Ali Rafik : nama budak lelaki 1 kelas tadika dengan aku, merangkap 1st crush aku masa umur 3 tahun.

06-04-2010.
Sekarang si 'penyibuk' ni dah besar (umur dah 17 tahun), lagi besar dari aku. Dia memang buat hidup aku susah sebab suka buli aku, suka tendang aku ikut suka hati dia; dia jugak buat aku sesak sebab kena belanja dia bila-bila nak hangout adik beradik. Walau apa pun yang dia dah buat kat aku selama ni, aku terpaksa jugak tahan sebab dia la satu-satunya adik lelaki aku dalam dunia ni, adik sulung aku pulak tu. Aku yang bagi nama kat dia, jadi aku rasa macam bertanggungjawab pulak nak jaga dia dengan lebih lagi walaupun dia marah kenapa tak bagi nama yang urban sikit untuk dia. Macam mana kuat pun tendangan kaki dia kat badan aku, macam mana busuk pun aku rasa bau badan dia, dia tetap adik lelaki aku kan.

Kata Kaki : Tapi kadang-kadang aku tetap rasa perangai dia macam celaka.


Lagu tema: MMMBop by Hanson

*Entri ini dibuat dalam masa 2 minit, memang agak kucar kacir.

March 1, 2010

Zaman Lampau : Aku dan Mereka.


Dari tahun 1988 hingga ke tahun 1992, aku adalah yang paling bongsu dalam keluarga. Akulah yang manja, akulah intan payung keluarga, akulah segalanya bagi mereka. Ketika itu adik-beradik aku semuanya perempuan, dan memakai baju yang sama warna, sama gaya, sama bentuk dan sama-sama adalah sesuatu yang sangat dibanggakan kami seberadik. Aku sangat disayangi oleh Kakak Kedua dan sangat dibenci oleh Kakak Sulung. Rupanya jadi Si Bongsu bukan senang. Tak semua sayang Si Bongsu dan tak semua benci Si Bongsu. Dalam kes aku, aku sangat tak disenangi oleh Kakak Sulung. Sampai sekarang aku masih mencari punca dan sebab musabab Kakak Sulung tak suka aku dan benci aku. Tapi rasanya mungkin disebabkan sifat aku yang suka melawan dan suka memberontak membuatkan Kakak Sulung tak dapat terima kehadiran aku langsung.

Aku ingat lagi, dulu pakaian kami bertiga mesti sama dan serupa. Kalau Kakak Sulung ada skirt tutu, aku dan Kakak Kedua pun mesti ada. Tengok dari jauh, kami bertiga macam adik-kakak yang sangat rapat dan sangat riang. Hakikatnya, hubungan aku dengan Kakak Sulung makin lama makin menjauh. Aku rasa dia tak pernah pun anggap aku ni adik dia. Dulu masa kami kecik-kecik,Kakak Sulung selalu cari gaduh dengan aku ataupun kadang-kadang aku yang cari gaduh dengan dia. Kami selalu bertekak dan masam-masam muka. Tapi yang buat aku pelik, bila setiap kali kami pergi shopping dengan Mama, dia mesti tarik tangan aku ajak pergi ke tempat Barbie Doll. Walaupun sebelum tu kami bergaduh dalam kereta, bila sampai kat seksyen Barbie Doll mesti dia bercerita itu ini dan gelak ketawa dengan aku. Takde pulak dia nak ajak Kakak Kedua sekali. Dia jugak lah orang nya yang memaksa aku untuk memaksa Mama belikan aku doll tersebut. Disebabkan aku Si Bongsu, Mama memang ikut aje cakap aku.

Dalam dunia ni, orang yang aku paling sayang dan percaya selepas Allah, Nabi S.A.W, dan Mama Papa adalah Kakak Kedua. Nak kata aku terlebih manja dengan dia, mungkin jugak sebab sampai sekarang Kakak Kedua akan dodoikan aku tidur kalau aku mintak. Apa yang aku ingat, Kakak Kedua pernah buat aku menangis tak henti-henti macam budak asrama perempuan yang histeria masa aku umur 5 tahun. Kes Kakak Kedua yang jatuh-longkang-sampai-koma betul-betul bagi kesan pada aku sampai aku pernah doa biar ajal aku yang sampai dulu sebelum Kakak Kedua sebab aku tak boleh hidup tanpa dia. Ini bukan kasih sayang seorang kekasih kepada pasangan Lesbiannya, tapi ini adalah kasih sayang seorang adik kepada kakak yang telah banyak berkorban.

Permintaan aku kali ini tak banyak, aku cuma harap hubungan aku dengan Kakak Sulung akan pulih walaupun sudah beberapa tahun kami tak bertegur sapa. Aku juga harap Kakak Kedua akan sembuh dari kesakitan semasa koma dulu dan jadi seperti orang 'normal' yang seusia dengannya. Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap... aku dapat kahwin dengan seseorang bernama Fahrin Ahmad..







Aku menangis sebab dipaksa naik basikal, bukan sebab aku nak bawak basikal.


Zaman Lampau : Hari Pertama Dilahirkan. Atau Melahirkan.


Tanggal 13 haribulan Ogos 1988, aku dilahirkan oleh seorang perempuan cekal bernama Mama. Aku anak tengah dari lima orang adik-beradik, jadi menurut kata Mama aku agak degil berbanding yang lain. Degil sangat aku ni, sampai tak mahu keluar dari perut Mama sebab sibuk sangat nak main dengan mainan aku dalam kepompong; iaitu tali pusat kesayangan aku. Tak ramai yang tahu 'hubungan sulit' aku dengan tali pusat kecuali keluarga terdekat. Mama kata aku degil, kepala angin, kuat melawan, kurus kering dan sebagainya. Semua ini aku percaya berkait rapat dengan.. err bukan masalah bunian atau jin, tapi berkait rapat dengan keadaan Mama semasa mengandungkan aku. Aku kepala angin, dan ya, Mama mengidam nak bau Minyak Cap Kapak hari-hari semasa aku di dalam perutnya. Aku degil dan tidak mahu keluar ke dunia semata-mata kerana 'sayangkan' Cik Tali Pusat, sehingga doktor terpaksa menyedut kepala aku keluar melalui rahim Mama. Aku kurus, kerana Mama mengalami tamparan hidup yang sangat dahsyat semasa mengandungkan aku. Dan kini, aku kuat melawan. Sangat-sangat kuat melawan. Tapi aku konpius apa kena mengena sifat suka melawan ni dengan keadaan Mama masa zaman lampau. Mungkin aku terkena badi Pendekar Jawa. Mungkin juga aku mempunyai 'kembar' harimau. Mungkin. Tapi yang paling penting. . . .


Terima kasih Mama.

















Keluarga. Aku yang paling bayi.