March 26, 2011

Zaman Lampau : Mimpi yang kering tapi aneh (?)


Hari tu aku ada termimpi diaorang. Aku mimpi Teman Sekelas W dan Teman Sekelas WJ. Dalam mimpi tu diaorang dah kahwin tapi masih menetap dekat kolej aku. Menetap 1 bilik pulak tu dengan suami diaorang. Menetap-di-kolej-dengan-suami-dalam-1-bilik. Aku rasa benda tu tetap salah walaupun hubungan dah halal. Lagi-lagi bila aku teringat balik sejarah aku dengan 2 makhluk puaka ni.

Sekitar October 2009 Sabtu 8.40 malam-
Si W text aku malam tu. Katanya boyfriend dia budak hiphop bibir gelap nak tumpang tidur dekat rumah kitaorang. Aku memang pantang bab-bab lelaki tidur rumah perempuan. Bukan nak kata aku alim warak pun. Cuma aku tak suka bila JAIS serbu nanti aku pun kena angkut naik jip diorang. Jadi aku pun bangkang idea dia tu.

Sekitar October 2009 Sabtu 9.30 malam-
Si W text aku lagi. Katanya dia dengan boyfriend dia budak hiphop bibir gelap dah dalam perjalanan ke rumah kitaorang dan suruh aku keluar dari bilik (aku dengan W adalah rommies). Dengan polaknya aku tukar seluar pendek aku ke seluar panjang dan ambik selimut bantal dan bawak buku Islamic Economics ke ruang tamu. Dan malam itu aku telah berjaya bersubahat dengan 2 orang gampang yang tanpa segan silu bermesra dalam bilik aku.

Sekitar February 2010 Ahad 5 petang-
Masa ni aku dah pindah rumah lain. Dah tak duduk dengan si W dah. Si W masa ni duduk serumah dengan si WJ. Petang tu housemate lama si A yang masih menetap di rumah diaorang text aku. Katanya dia syak si WJ ada bawak masuk boyfriend dia yang tak kacak tapi perasan model tu. Kebetulan si WJ adalah rommies dengan si W yang pernah ada sejarah bawak masuk lelaki dalam rumah. Jadi tanpa berpikir panjang aku terus pergi rumah lama konon nak serbu si WJ,si W dengan boyfriendnya si WJ yang tak kacak tapi perasan model tu. Tak sampai setengah jam,aksi tak bermoral diaorang bertiga terkantoi. Yang kelakarnya boyfriendnya si WJ menyorok dalam almari baju si W. Yang bertambah kelakar bila si W dengan muka tak malunya mengaku dia yang panggil boyfriendnya si WJ tidur di bilik diaorang sebab lelaki tu boleh gembirakan dia (mindfuck?).

Sekitar April 2010 Isnin 10 malam-
Housemate lama si A cerita dekat aku yang si W dan si WJ dah lama tak pergi kelas dan berubah macam orang yang betul-betul kena kejutan budaya. Masa ni aku dah malas nak melayan diaorang lagi dah. Jadi dengan segeranya aku terus putuskan hubungan dengan si W dan WJ.

Sekitar March 2011 Rabu 3 pagi-
Aku termimpi diaorang. Ya macam yang mula-mula aku cakap tadi,aku mimpi diaorang masih di kolej aku tapi dah kahwin. Dan yang peliknya,aku menumpang tidur di bilik si W. Adakah aku rindu diaorang?Atau aku rindu dekat boyfriend diaorang? Kelakar.


No comments: