September 1, 2012

Cerpen : Si Lelaki Berbaju Merah Jambu Part 2

.................................................................................

Ikhlas atau tidak, aku hanya serahkan pada Yang Maha Esa. Tipu la kalau aku kata aku datang negara ni memang tujuan semata untuk belajar. Aku juga punya impian untuk bawa balik (kalau boleh) seorang lelaki putih atau seorang lelaki gelap atau seorang lelaki Melayu (sekurangnya). Entah apa silapnya atau kurangnya aku, lelaki Melayu memang tidak ada yang berminat dengan si pelik ini. Dah bermacam cara aku cuba tapi yang nampak kewujudan aku hanyalah si lelaki berbaju merah jambu itu. Baik, dia memang baik.

Aku ingat lagi, aku hampir terlompat bila dia call ajak aku keluar minum dekat Costa. Aku tak pasti perlu atau tidak aku classify kan ajakan itu sebagai date, sebab knowing him, I was pretty sure it should not be a date. Pak sheikh kot, tak kan ajak date. Nana kata mungkin dia nak lamar aku. "Hah?! Biar betui terus nak melamar?" kata aku separuh jerit dekat si Nana. Nana kata kalau ikut culture kaum dia memang takde date-date ni. Kalau suka perempuan tu, si lelaki akan terus ajak ke jinjang pelamin. Dalam pada separuh takut dan separuh excited, aku keluar minum dengan dia jugak tanpa kepastian adakah minum-minum itu dikira dating atau dikira study group. Ala-ala cerita Nur Kasih masa Aidil nak pulang buku dekat Ayu Raudhah, aku pun mesti la tak pergi jumpa dia seorang diri. Aku bawa si Afi dan dia bawa kawan dia si Abdurrahman a.k.a Aboody. Macam kelakar pun ada bila nak kenang balik, sebab aku memang tak sangka aku akan  boleh pergi chillax dengan pak sheikh non-Malaysian ni. 


Bersambung...

April 18, 2012

Cerpen: Si Lelaki Berbaju Merah Jambu Part 1


Sekarang ni benda dah jadi lain. Apa yang lain,aku tak pasti lagi. Masih belum punya upaya dan kerajinan untuk bangun bertanya pada Yang Maha Esa. Dulu masa mula-mula Nana dan Afi bergurau tentang dia, aku tak ambil pusing sangat. Aku fikir gila, dia atau aku tak mungkin punya perasaan itu. Kami berbeza,betul-betul berbeza. Samada dari segi umur, personaliti, kerakyatan, ilmu agama, dan warna kulit; kami memang tak sama. Gila apa nak minat orang dari negara yang berhampiran dengan Mesir dan Afrika Utara? Baik aku cuba tekel budak Indonesia tu.

Tapi itulah,bila dikenang-kenang balik,kelakar pun ada rasanya. "Hi, are you going to the library tonight?" adalah soalan pertama yang buat aku dekat dengan dia. Sebelum ni dia hanya aku kenali sebagai "orang arab yang selalu bagi salam kalau pergi library". Aku teringat sebelum masuk dalam rumah lepas dia hantar aku balik dari library malam pertama tu, dia ada kata, "If you need anything,just phone me,i'll be at your command". Malam tu dalam bilik aku fikir, mamat ni adakah hanya bersikap sopan di depan aku atau dia memang ikhlas bila cakap macam tu?


Bersambung...

February 19, 2012

Zaman Kini: Dendang Perantau


Selamat datang stalker (s) baru.



October 9, 2011

Zaman Kini: Peringatan Buat Diri Sendiri


Berhenti berangan-angan,fokus pada matlamat utama dan jangan pedulikan hal orang-orang keliling. Yang penting,berhenti berharap.




September 25, 2011

Zaman Kini: Salam Perantauan


Alhamdulillah,sudah selamat sampai ke kampung Ryan Giggs seminggu yang lalu.
Setakat ni tiada apa yang bosan selain daripada tiada teman untuk berbicara soal barangan vintaj,polaroid,gigs,konsert,puisi dan teater.

Antara perkara-perkara yang aku mahu capai bila berada di sini adalah bergambar di Abbey Road, membeli-belah barangan The Beatles, pergi ke konsert UK bands yang diminati, mendapat skrol masters degree dan mendapat pasangan hidup.


P/s: Doakan aku ya.

September 14, 2011

Zaman Kini : Selamat Tinggal Kuala Lumpur


Semoga dipanjangkan rezeki dan waktu untuk bertemu lagi.








P/s: Mohon doanya ya kalian.

August 28, 2011

Zaman Kini : Raya


Raya aku pikir dah kurang maknanya bila orang JPA kata "Maaf, saya belum perolehi lagi" masa aku tanya beliau berkenaan dengan tiket penerbangan aku ke London dan Manchester.
Bertambah tertekan bila aku dapat tahu aku akan merayau keseorangan tanpa teman di London dan Manchester sebelum ke Wales.
Dan untuk itu, walau apa pun yang terjadi, aku harap siapa-siapa yang terdatang ke blog aku ini dapat doakan urusan aku ke UK berjalan lancar.
Pada yang ada niat nak belanja aku makan sebab nak mintak aku belikan baju bola atau Iphone 5, kalian sempat lagi nak berbuat demikian sebelum 15hb 9.

"Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin"