Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

April 18, 2012

Cerpen: Si Lelaki Berbaju Merah Jambu Part 1


Sekarang ni benda dah jadi lain. Apa yang lain,aku tak pasti lagi. Masih belum punya upaya dan kerajinan untuk bangun bertanya pada Yang Maha Esa. Dulu masa mula-mula Nana dan Afi bergurau tentang dia, aku tak ambil pusing sangat. Aku fikir gila, dia atau aku tak mungkin punya perasaan itu. Kami berbeza,betul-betul berbeza. Samada dari segi umur, personaliti, kerakyatan, ilmu agama, dan warna kulit; kami memang tak sama. Gila apa nak minat orang dari negara yang berhampiran dengan Mesir dan Afrika Utara? Baik aku cuba tekel budak Indonesia tu.

Tapi itulah,bila dikenang-kenang balik,kelakar pun ada rasanya. "Hi, are you going to the library tonight?" adalah soalan pertama yang buat aku dekat dengan dia. Sebelum ni dia hanya aku kenali sebagai "orang arab yang selalu bagi salam kalau pergi library". Aku teringat sebelum masuk dalam rumah lepas dia hantar aku balik dari library malam pertama tu, dia ada kata, "If you need anything,just phone me,i'll be at your command". Malam tu dalam bilik aku fikir, mamat ni adakah hanya bersikap sopan di depan aku atau dia memang ikhlas bila cakap macam tu?


Bersambung...

July 31, 2011

Cerpen : Lesbian dan lain-lain halnya versi ke 3


"Kenapa awak ambil gambar macam tu? Berpeluk-peluk sakan dengan si Daud tu," tanya Erina kepada aku.

"Kenapa pulak? Suka hati aku la nak bergambar dengan siapa pun."

"Mana boleh! Awak saya punya! Awak jangan nak mengada-ngada dengan orang lain, terutama sekali dengan lelaki yang macam perogol bersiri tu," pekik Erina sambil mengunci pintu bilik aku.




July 20, 2011

Cerpen : Ringkas tentang Abah aku

Aku selalu rasa Abah aku tak sama dengan Abah orang lain. Abah aku selalu serius, dia takkan ketawa atau senyum sekalipun bila aku atau adik cuba buat kelakar. Abah aku pelik, dia suka tukar siaran televisyen kalau aku,adik dan Ibu sedang tonton drama Melayu. Abah aku memang penyibuk, dia suka kacau aku setiap kali aku online facebook. Aku selalu rasa Abah tak suka dan tak sayang pada aku.
Aku selalu rasa Abah tak sayang aku sebab Abah tak ingat umur aku masa aku 12 tahun. Aku selalu rasa Abah tak suka aku bila Abah marah-marah masa dapat tahu aku pergi berlatih teater. Aku selalu rasa Abah tak sayang aku bila Abah hanya ketawa tanda tidak percaya masa aku kata adik Abah cuba cabul aku. Aku selalu rasa Abah tak suka aku bila Abah hanya hulur RM10 setiap kali Abah lawat aku di kolej. Aku selalu rasa Abah tak sayang aku bila Abah berhenti kerja dan biar aku seorang diri yang menyara keluarga.

Tapi aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah belikan aku kereta kecil supaya aku tidak lagi sakit kaki kerana berdiri sepanjang hari di dalam KTM. Aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah sanggup datang jauh-jauh untuk tengok aku berlakun teater. Aku selalu fikir Abah terlalu sayangkan aku bila Abah minta Ibu temankan aku di rumah semata-mata kerana tidak mahu aku bersendirian bersama pekerja lelaki dari Telekom. Aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah izinkan aku untuk keluar bercanda bersama rakan-rakan walaupun terpaksa tinggalkan Abah seorang di rumah. Aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah ingatkan aku tentang solat dan Al-Quran. Aku tahu Abah sayangkan aku bila Abah menolak hadiah jam tangan Tag Heuer pemberianku dan berkata “doa anak yang soleh adalah hadiah terbaik untuk Abah”.

Untuk Abah, dan Ibu:

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang bahaya,dan lindungilah mereka.

Aminn yarabillialamin. ...'

July 11, 2011

Cerpen : Lesbian dan lain-lain halnya versi ke 2


Ya,dia dah terima aku sebagai kawan dia dekat facebook.Aku terus SMS Dian tanya apa yang perlu aku buat sebagai langkah seterusnya.Adakah aku perlu memberi komen di setiap statusnya,atau memberi komen di setiap gambarnya,atau terus pop-chat saja dengan dia kerana dia jugak online pada ketika itu.Dian dengan gelabahnya terus call aku.Dia pesan jangan buat apa-apa lagi.Biar dulu,kata dia.Engkau jangan lebih-lebih lagi.Biarkan dia terus tertanya-tanya.
Tapi aku tak puas hati sebenarnya dengan cakap-cakap Dian tu.Apa ke salahnya kalau aku nak melebih-lebih dengan niat nak bagi dia nampak aku,kenal aku siapa.Jadi dalam diam-diam aku pergi ke profile dia,aku tengok info dia,dan aku hantar wall post aku yang pertama dekat dia iaitu " :) " dan terus menutup laptop untuk malam itu.

Esok pagi aku terus check notifications di talipon aku.Mamat perogol bersiri tu ada balas wall post semalam.Dia tanya macam mana aku boleh jumpa facebook account dia sebab katanya dia dah lama cari facebook account aku.Ceh betul-betul perogol bersiri ni,fikir aku.Lepas tu dia ada tulis nama satu event ni.Dia ajak aku pergi tengok dia perform lagi.Disebabkan ketakutan yang amat sangat dengan respon mendadak yang diberikan,aku tak balas komen dia.

Tapi event yang dia ajak aku pergi tu aku memang pergi.Aneh kan?Pergi event jumpa depan-depan tak takut pulak aku.Masa dia perform aku pergi depan,depan sekali.Saja nak bagi dia tengok muka aku.Boleh aku tengok apa respon spontan dia.

*********************
"Oh datang jugak awak ke event ni.Saya ingat awak dah tak layan benda-benda macam ni macam awak tak layan saya dekat facebook".
Celaka punya Daud si perogol bersiri,berani betul dia guna ayat separa jiwang macam tu dekat aku. "Saya bukan tak nak layan awak dekat facebook tapi saya segan la.Saya bukan orang art macam awak". Jawab aku yang masih terasa dinodai dengan ayat separa jiwang si Daud ni tadi.
"Saya bukan pandai main gitar macam kawan awak Farah tu.Saya pun tak pandai nak bersajak macam awak.Saya datang event jenis-jenis macam ni pun sebab nak tengok awak perform dengan nak beli baju dekat flea market tu je.Tak art langsung kan?"Jawab aku lagi yang tiba-tiba banyak cakap penuh emosi.
"Awak memang tak art langsung.Saya pun kadang-kadang menyampah dengan orang-orang macam awak yang pura-pura layan benda-benda macam ni.Tapi awak ni pelik sikit.Sebab tu saya ingat awak".

"Awak lesbian kan tapi kenapa susah payah sanggup datang tempat yang bukan tempat awak semata-mata nak tengok saya?Awak ni sebenarnya lesbian ke atau pun bisexual?"
"Mana awak tahu saya lesbian?"
"Sebab saya tengok dekat facebook info awak tulis 'I like men but im a lesbian'."
"Awak pernah tengok cerita The Faculty tak?Yang Josh Hartnett berlakon tu."
"Tak pernah tengok pun,cerita apa tu?"Apa kena mengena dengan awak?"
"Jom,kita pergi tengok cerita tu dekat rumah saya.Nanti awak akan faham kenapa saya tulis macam tu dekat facebook info saya."

Cerpen : Lesbian dan lain-lain halnya


Aku selalu nampak dia dekat event jenis-jenis macam ni. Nak kata aku mengintip dia,tak jugak. Stalking pun tak jugak. Entah kenapa dalam ramai-ramai orang yang pergi event jenis-jenis macam ni aku boleh perasan dia. Apa yang hebatnya dia tu. Hensem tidak,bergaya tidak. Kadang-kadang nampak macam perogol bersiri pun ada dia punya selekeh tu. Tapi aku tetap akan perhatikan dia kalau aku nampak dia. Masalahnya,kalau aku tak nampak dia,aku akan tercari-cari pulak.
Aku tahu dia ada pengaruh besar untuk event jenis-jenis macam ni. Sebab tu aku tahu dia mesti ada pada setiap event yang aku pergi. Tapi, setiap kali aku nampak dia, mesti dia tengah melayan perempuan. Perempuan lain-lain pulak tu setiap kali pun. Bagus juga tu,nampak sangat dia masih minat pada perempuan walaupun ciri-ciri perogol bersiri tu mungkin ada.
Satu hari tu, masa giliran dia ke pentas, aku pergi depan tengok dekat-dekat.Kata orang,nak pergi menunjuk muka.Aku tak paham sangat apa yang dia perform malam tu,sebab perempuan perempuan lain kat sebelah kiri kanan depan belakang duk sibuk jerit jerit panggil nama dia. Oh nama dia Daud.Dah macam nama datuk aku pulak.
Balik rumah itu hari aku terus on facebook.Aku nak add dia dan memulakan langkah pertama.Aku tahu kalau aku tunggu lebih lama lagi mungkin perempuan perempuan lain yang dekat sebelah kiri kanan depan belakang aku tadi yang akan dia nampak.Jadi,tanpa rasa segan silu perempuan melayu aku terus add personal facebook account dia.Dan aku terus off laptop aku untuk malam itu.
Lepas dah selesai PMS baru aku bukak balik facebook.Bukan apa,aku malas nak layan perasaan frust menonggeng masa aku tengah bendera merah.Kang lain pulak jadi halnya. Lagipun aku nak bersiap sedia dari segi mental kalau kalau si selekeh perogol bersiri tu taknak terima aku sebagai kawan facebook dia.Boleh aku pergi makan kek Red Velvet dekat Little White House nanti.
Eh,dia accept aku.


Bersambung...............

April 7, 2011

Cerpen : Aku PolaroidGeek dan Kamu DSLRFag Versi Ke 2


Sudah hampir sebulan kita berhubung. Dan selama sebulan juga aku berusaha untuk pulang awal dari tempat kerja semata-mata untuk minum kopi dengan kamu di Dome KLCC. Atau menjamu Macaroons di Harrods sambil bergambar mesra bersama pekerjanya. Dalam tempoh sebulan ini, kamu berjaya membuat aku lupakan lelaki bajingan itu. Lelaki yang pernah merosakkan aku dan mematahkan hati aku. Bukan bermaksud aku sukakan kamu,tidak. Aku tidak suka atau sayang kan kamu. Aku cuma gembira dan rasa selamat bila kamu ada di sekitar aku.

Kamu mahu tahu sesuatu? Aku terserempak kamu bersama kawan perempuanmu di Subang Parade. Wah gembira nampaknya kamu ya,sampai tak terperasan aku di sebelah. Dan aku terdengar perkara itu. Ya kawan, aku terdengar kamu sedang berkata sesuatu tentang seseorang. Tentang aku mungkin. "Ala,she's just another lomokid who's trying to be cool like us. You know, we are like soo cool when we have the 'thang'. And she doesn't have it. Then she's trying to be one of us by flirting with me. You get what I mean?"

Dan hari itu aku padam nombor kamu di Android aku dan padam kamu dari facebook aku dan cuba untuk padam kamu dari fikiran aku.



March 29, 2011

Cerpen : Aku PolaroidGeek dan Kamu DSLRFag


Kita terserempak di dalam LRT ketika kamu dan rakan-rakanmu sedang riuh mempromosi kamera masing-masing. Melihat kamera kalian yang besar dan boleh dipusing-pusing lensanya itu,aku jadi segan sendiri. Lantas aku menjauhkan diri dari kamu dan rakan-rakanmu. "Ah biarkan saja mereka yang kaya itu bergaya seperti seorang kapitalis,asal mereka tak ganggu aku", fikirku sambil melayan lagu The Kooks di Android.

Tiba di stesyen Pasar Seni, aku bergegas mahu keluar dari LRT itu dan kebetulannya terlanggar kamu. Atau sebetulnya,terlanggar kamera kamu. Marah sekali kamu ya. Aku masih ingat lagi betapa kawan-kawanmu memarahi aku dan mentertawakan aku hanya kerana aku membawa sebuah polaroid dan bukan sebuah DSLR. "Maaf",kataku. "Ini name card saya, kalau nak claim apa-apa boleh text atau call saya nanti. Sekarang saya dah lambat nak pergi event ni. Pergi dulu."

Dan malam itu kamu text aku. "Kamera saya rosak la,lens kena tukar". Terus kamu ajakku ke Lowyat esoknya,untuk cari ganti pada lens yang rosak itu. Aku ikut saja katamu kerana aku memang dungu berkenaan kamera besar itu. Dan rupanya kamu tipu aku. Kamera besarmu itu sedikit pun tiada yang rosak. "Hampeh punya DSLRfag".

Tanpa aku sedar,kita semakin rapat sejak itu. Hidupku terasa aneh bila kita tidak berhubung. Aku rasa kamu juga begitu. Aku perasan? Ya,mungkin. Tapi jika tidak benar,aku tak yakin kamu mahu bertahan tidak tidur malam selama seminggu hanya untuk bercakap dengan aku.

Untuk itu, terima kasih kawan. Kamu muncul dalam hidup aku tepat pada masanya. Aku perlukan seseorang ketika ini,seseorang hanya untuk bercakap dan bukan seseorang untuk dikasihi atau mengasihi. Dan bagi aku,kamu lah satu-satunya lelaki yang memahami situasi aku. Ya,aku hanya mahu kawan untuk bercakap. Kamu adalah kawan itu.


Bersambung......