July 20, 2011

Cerpen : Ringkas tentang Abah aku

Aku selalu rasa Abah aku tak sama dengan Abah orang lain. Abah aku selalu serius, dia takkan ketawa atau senyum sekalipun bila aku atau adik cuba buat kelakar. Abah aku pelik, dia suka tukar siaran televisyen kalau aku,adik dan Ibu sedang tonton drama Melayu. Abah aku memang penyibuk, dia suka kacau aku setiap kali aku online facebook. Aku selalu rasa Abah tak suka dan tak sayang pada aku.
Aku selalu rasa Abah tak sayang aku sebab Abah tak ingat umur aku masa aku 12 tahun. Aku selalu rasa Abah tak suka aku bila Abah marah-marah masa dapat tahu aku pergi berlatih teater. Aku selalu rasa Abah tak sayang aku bila Abah hanya ketawa tanda tidak percaya masa aku kata adik Abah cuba cabul aku. Aku selalu rasa Abah tak suka aku bila Abah hanya hulur RM10 setiap kali Abah lawat aku di kolej. Aku selalu rasa Abah tak sayang aku bila Abah berhenti kerja dan biar aku seorang diri yang menyara keluarga.

Tapi aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah belikan aku kereta kecil supaya aku tidak lagi sakit kaki kerana berdiri sepanjang hari di dalam KTM. Aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah sanggup datang jauh-jauh untuk tengok aku berlakun teater. Aku selalu fikir Abah terlalu sayangkan aku bila Abah minta Ibu temankan aku di rumah semata-mata kerana tidak mahu aku bersendirian bersama pekerja lelaki dari Telekom. Aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah izinkan aku untuk keluar bercanda bersama rakan-rakan walaupun terpaksa tinggalkan Abah seorang di rumah. Aku selalu fikir Abah sayangkan aku bila Abah ingatkan aku tentang solat dan Al-Quran. Aku tahu Abah sayangkan aku bila Abah menolak hadiah jam tangan Tag Heuer pemberianku dan berkata “doa anak yang soleh adalah hadiah terbaik untuk Abah”.

Untuk Abah, dan Ibu:

'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang bahaya,dan lindungilah mereka.

Aminn yarabillialamin. ...'

No comments: