July 14, 2011

Zaman Kini : Iklan sekarang makin kurang kualiti


Sebagai penganggur yang banyak masa terluang pada setiap harinya,aku memang mengambil berat sikit tentang benda-benda yang dipaparkan dekat tv. Setakat cerita dongeng kanak-kanak Indonesia ataupun cerita drama Matahari lakunan si Lisdawati dekat tv3 tengah-tengah malam tu aku tak heran sangat tahap kualiti dia. Yang buat aku bengang tu bila tv pasang iklan-iklan banyak terutama sekali iklan berkaitan raya. Ada engkau pernah tengok iklan Kamdar yang promosi baju raya tu? Ataupun iklan Cornflakes yang si Maria Tunku Sabri Jalan Jalan Cari Makan berlagak comel bila makan Cornflakes sambil buat kuih raya tu? Aku memang menyampah betul dengan iklan-iklan macam ni. Nak kata aku ada personal hatred dekat Kamdar atau si Maria tu tak mungkin jugak (walaupun aku agak geli bila tengok si Maria makan dengan lahap dalam Jalan Jalan Cari Makan dulu). Cuma aku rasa agak terkilan dengan syarikat-syarikat yang beria paparkan kelengkapan untuk beraya sedangkan bulan puasa pun belum sampai lagi. Apa diaorang ingat kelengkapan untuk beraya tu lagi penting ke daripada berpuasa?Aku bengang betul ni. Rasa macam nak tutup aje tv setiap kali iklan-iklan macam ni datang.



Hakikat sebenar : Aku tengah kecut perut sebab ada lagi 2 hari hutang belum ganti puasa.


4 comments:

Hashim Zabidi said...

Bil Astro pun jangan bayar. Biar padan muka diorang tuh...

hanaahmad said...

haha, patutla. ha...cepat ganti cepat! hehe

Daddylicious said...

itu bisnes namanya...:)

ghost said...

strategi beb...takyah buat iklan pun orang kat luar dah berabih tempah dah.