July 6, 2011

Zaman Lampau: Ingin lari dari rumah


Saat-saat aku tengah pening kepala pasal nak buat visa,aku teringat masa zaman aku sekolah dulu yang terlalu bersemangat nak lari dari rumah. Masa tu macam-macam hal jadi kat dalam rumah aku sebab syaitan terlalu banyak berkeliaran (literally). Mama semacam hilang separuh akal sebab 'dibuat' orang. Pergaduhan sana sini memang buat aku yang baru darjah 6 ketika itu sangat tertekan sebab tak dapat nak fokus ketika menonton videoklip terbaru The Backstreet Boys (masa tu lagu yang paling ditunggu videoklipnya adalah All I Have To Give). Jadi aku dalam senyap-senyap merancang untuk keluar dari rumah dengan niat suci untuk mencari rumah Nick Backstreet Boys.
Dalam pada tengah serius merancang plan untuk keluar rumah senyap-senyap,aku ada juga berbincang dengan rakan-rakan sebaya tentang hal ini.Aku memang bertambah teruja bila dapat tahu ada kawan-kawan yang nak join plan aku.Jadi kami adakan mesyuarat hari jumaat setiap minggu untuk membincangkan agenda lari dari rumah ini.
Yang aku ingat,tempat mesyuarat ketika itu adalah di taman permainan belakang rumah aku.Lepas habis sekolah agama,terus kami bawak basikal menuju ke taman permainan ni.Ada yang ambik tempat jadi ketua,ada yang jadi setiausaha,ada yang tukang mengangguk,dan ada juga tukang menangis.Yang pastinya,kami ada merancang sesuatu yang besar (bizarre) ketika itu.Yang dalam harapan kami ibu bapa mesti akan terkejut dan menghargai kami setelah kami buat perkara besar itu (dalam umur sekecil 12 tahun perasaaan tidak dihargai ibu bapa memang akan wujud).
Selama lebih 2,3 minggu kalau tak silap aku mesyuarat ni dijalankan.Ketua memberi ide agar kami mengubah bentuk basikal supaya bertambah laju dan bertambah fungsi.Aku ketika itu diberi tugas sebagai designer basikal.Bertungkus-lumus aku dan Si Ketua merancang agar basikal yang gah dapat dihasilkan.Rakan-rakan yang lain hanya mendengar dan memerhati.Ada juga yang mintak izin mahu pulang awal untuk makan malam.
Aku tak ingat bila persatuan lari dari rumah ini dibubarkan,kerana ketika itu ahli persatuan semakin lama semakin kurang.Mereka termakan dengan pujuk rayu ibu bapa mereka.Aku dan Si Ketua memang sangat loyal dalam persatuan ini.Maklumlah,yang paling banyak bagi ide pun aku dan dia saja.

*****************

Dalam usia 20an ini,aku masih lagi teringin untuk lari dari rumah.Sebab itu aku buat pilihan mahu pergi jauh dari Malaysia.Tapi bukan sebab apa yang terjadi di rumah.Syaitan masih berkeliaran,tapi kami semakin kuat.
Impian untuk pergi ke negara David Beckham memang sudah lama aku simpan sejak tak jadi nak lari dari rumah masa darjah 6 dulu.Cuma kali ini sebabnya lebih matang,bukan lagi untuk mencari rumah Nick Backstreet Boys.

2 comments:

Anarif88 said...

LOL. aku pun tertekan duk rumah masa umur 12 tahun beb. serius. bila dpt masuk asrama legaaaaa gilaaaaa..... smpi skrg x rasa nk duduk rumah. hahahah. sbb tu syok duk shah alam. hua3

Syamims B said...

hahaha biasa la kan zaman kanak-kanak dulu.
*sigh i miss those days