June 26, 2011

Zaman Kini : Hilang upaya


Manusia memang begitu,bila sudah hilang upaya baru tergadah nak ingat daratan. Baru nak pulang ke tempat asal. Baru nak kembali ke perangai sebenar.
Macam aku yang dah menganggur selama lebih sebulan ni. Entah apa yang buat aku jadi hilang punca & hilang upaya pun aku tak tahu. Yang pastinya aku hanya menambah energi yang makin lama makin tidak digunakan langsung pada setiap hari. Tidur pada dinihari dan bangun pada petang hari sudah cukup petanda bahawa aku memang kutu. Sebagai kutu aku rasa tidak perlu langsung untuk aku ada perasaan kehilangan ini. Tapi hakikatnya,aku memang telah lost. Dan mula mencari permainan dan kegemaran yang bukan-bukan. Mula-mula yang bukan-bukan ini memang seronok walaupun bodoh. Sampai satu tahap aku rasa aku memang perlu kembali ke pangkal jalan.
Jadi aku cuba dengan keluar dari rumah. Cuba untuk jauh dari segala macam berkenaan internet. Bermula dengan event Art For Grabs + KL Alternative Bookfest 2011 ,aku tahu aku dah mula kembali ke tempat asal aku. Dekat situ aku dapat sebuah buku Penguin Book, sebuah buku Jayzuan dan sebuah buku Aloy Paradoks. Bagaikan dilahirkan semula selepas membaca buku-buku ini (walaupun buku Penguin Book belum kusentuh).
Aku harap aku dapat temui 'aku' yang lagi satu lepas dah selesai Urbanscapes 2011 dan siap tengok Teater Kotak Hitam nanti.


2 comments:

Hashim Zabidi said...

Oh! Anarki lanjut usia dah bertukar menjadi Nyonya Sari, rupanya. Adakah ia satu peningkatan

Syamims B said...

Kita cuba tengok dulu