Hari ini aku sudah ditinggalkan oleh beliau. Katanya sudah tak sehaluan, tak sebulu. Patut lah, beberapa bulan ni aku seorang saja yang kalut; sudah berbuka kah dia, sudah mandi kah dia, sudah solat kah dia. Sejak beberapa bulan lepas lagi, aku dapat rasakan perbedaan itu. Maklum la hubungan jarak jauh, perkara buruk pasti akan berlaku.
Dan ya, intuisi aku sungguh tepat kalau dalam hal ini. Perkara buruk itu sudah berlaku. Mungkin ini yang terbaik, kerana aku sudah mohon pada Ya Rabbi semoga aku terus dilindungi. Mungkin beliau akan jadi penggugat untuk aku terus maju. Mungkin juga beliau akan jadi penjenayah yang akan mengugut aku. Siapa tahu?
Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.
Perasaan aku ketika ini: Sedih tapi dalam masa yang sama aku ingin ketawa.
Berdua lah aku lepas ni, bersama Si Taty.
Lagu Tema: And It Feels Like by Leann Rimes.
2 comments:
salam. serius ko dah solo? sabar lah weh. betul2. pasti ada yg lebih baik menanti. hehehe! welcome to the club buk!
Paktua kurang mengerti dengan 'statement' di N3 Ibu Taty ini. Harap-harap ia cuma simbolik yg tidak mengorbankan siapa-siapa.
Post a Comment