March 14, 2011

Zaman Kini : Random dan Ringkas


Aku tak suka bayi. Samada bayi orang lain atau bayi aku sendiri,aku memang tak suka. Mungkin belum datang lagi sifat ibu itu ke aku tapi jujurnya,aku kurang gemar untuk memiliki seorang bayi. Aku tak mahu ada anak. Yang penting, aku tak mahu ada anak seperti aku.
* Nota: Tatiana adalah seorang bayi yang bakal diangkat oleh aku dalam masa 6 tahun dari sekarang.

**********
Setiap hari aku akan pastikan aku naik KTM dari daerah rumah aku ke Kuala Lumpur dalam pukul 7.25 pagi. Dan setiap hari juga aku akan pastikan aku naik KTM dari Kuala Lumpur ke daerah rumah aku dalam pukul 8.42 malam. Aku akan pastikan setiap hari aku (samada sengaja atau tidak) terserempak dengan orang yang sama;orang yang berkulit putih,pakai beg warna merah,dan pakai lanyard kepunyaan sebuah bank besar depan Sogo. Aku bukan stalker,aku cuma suka tengok dia. Dari jauh.

**********
Hari itu aku terlambat pulang dan seperti kata Alanis Morissette, hidup ini terlalu ironi. Dalam pada dah terlambat tu la baru terasa nak terkencing segala. Jadi aku mintak adik/abang KTM pegangkan macaroons aku yang baru dibeli di kedai mahal. Tak sanggup rasanya nak bawak benda halal masuk menemani aku ke tempat penuh syaitoon.
Hari ini pula aku terlebih awal dan perlu berehat di KL Sentral sebelum meneruskan perjalanan dan secara (tak) sengajanya aku terserempak dengan adik/abang KTM. Dan hari ini baru aku sedar akan kecomelan adik/abang KTM. Esok azam baru aku tak lain tak bukan ialah beli roti Gardenia dan mintak adik/abang KTM pegangkan. Untung-untung boleh tukar-tukar no. talipon. Boleh mintak tiket percuma.


No comments: