August 13, 2011

Zaman Kini : Rosak


Cerita ini bermula bila Orang Tua S yang selama ini rapat dengan Orang Muda J mendapat khabar dari adik Si Orang Muda J yang dia ni tengah merenyam dengan laki orang. Kata adik dia lagi, Si J ni dah tak sedar diri, dah 'rosak'. Cakap dengan mak pergi Penang,cakap dengan ayah pergi Singapore. Rosak,memang dah rosak Si J ni.
Orang Tua S yang dengarkan cerita ni rasa bertanggungjawab pula untuk beri amaran pada mak ayah Si J,bukan amaran semacam marah,tapi amaran berbentuk nasihat. Dinasihatnya supaya mak ayah J siasat apa aktiviti J di luar rumah;kenapa dia duduk menyewa rumah lain sedangkan rumah mak ayahnya juga di satu kampung dengan rumah sewa itu. Untuk lebih puas hati, Orang Tua S letak status di Facebook "kenapa mak ayah dia percaya sgt ckp dia tu si pembohong". Dengar ceritanya, status begini ditulis sebagai dakwah halus untuk sedarkan si empunya diri.
Dan bermula dari hari status ini ditulis, terjadilah 'peperangan' berbalas status antara Orang Tua S dan Si J ni. Dakwah halus yang digunakan Orang Tua S memang tidak menjadi, malah kesannya lebih teruk bila Si J ni langsung taknak sedar dirinya sedang dipermainkan dek laki orang. Lebih parah lagi bila Si J ni kata Orang Tua S sibuk jaga hal tepi kain dia, sedangkan anak-anak Orang Tua S di bandar entah macam mana lah gayanya. Susah, susah kalau begini. Orang Tua S sudah mula malas dengan si budak seorang ini, "biarlah nak jadi apa pada dia, nanti dah tergadah, dah terbunting baru nak panggil nama aku."

2 comments:

Hashim Zabidi said...

dah terantuk baru tengadah. dah terbunting baru nak sebut Tuhan. Biasalah jika orang tak sedar diri.

JelinaJoli said...

kadang2 jaga tepi kain dari kena tahi perlu jugak.. ye dak?