August 13, 2011

Zaman Kini : Rosak


Cerita ini bermula bila Orang Tua S yang selama ini rapat dengan Orang Muda J mendapat khabar dari adik Si Orang Muda J yang dia ni tengah merenyam dengan laki orang. Kata adik dia lagi, Si J ni dah tak sedar diri, dah 'rosak'. Cakap dengan mak pergi Penang,cakap dengan ayah pergi Singapore. Rosak,memang dah rosak Si J ni.
Orang Tua S yang dengarkan cerita ni rasa bertanggungjawab pula untuk beri amaran pada mak ayah Si J,bukan amaran semacam marah,tapi amaran berbentuk nasihat. Dinasihatnya supaya mak ayah J siasat apa aktiviti J di luar rumah;kenapa dia duduk menyewa rumah lain sedangkan rumah mak ayahnya juga di satu kampung dengan rumah sewa itu. Untuk lebih puas hati, Orang Tua S letak status di Facebook "kenapa mak ayah dia percaya sgt ckp dia tu si pembohong". Dengar ceritanya, status begini ditulis sebagai dakwah halus untuk sedarkan si empunya diri.
Dan bermula dari hari status ini ditulis, terjadilah 'peperangan' berbalas status antara Orang Tua S dan Si J ni. Dakwah halus yang digunakan Orang Tua S memang tidak menjadi, malah kesannya lebih teruk bila Si J ni langsung taknak sedar dirinya sedang dipermainkan dek laki orang. Lebih parah lagi bila Si J ni kata Orang Tua S sibuk jaga hal tepi kain dia, sedangkan anak-anak Orang Tua S di bandar entah macam mana lah gayanya. Susah, susah kalau begini. Orang Tua S sudah mula malas dengan si budak seorang ini, "biarlah nak jadi apa pada dia, nanti dah tergadah, dah terbunting baru nak panggil nama aku."

July 31, 2011

Cerpen : Lesbian dan lain-lain halnya versi ke 3


"Kenapa awak ambil gambar macam tu? Berpeluk-peluk sakan dengan si Daud tu," tanya Erina kepada aku.

"Kenapa pulak? Suka hati aku la nak bergambar dengan siapa pun."

"Mana boleh! Awak saya punya! Awak jangan nak mengada-ngada dengan orang lain, terutama sekali dengan lelaki yang macam perogol bersiri tu," pekik Erina sambil mengunci pintu bilik aku.




Zaman Kini : Akhirat


"Mimi (bukan nama sebenar), apa akan jadi pada keluarga kita di akhirat nanti?", tanya seseorang kepada aku.

"Entah", jawab aku.




July 30, 2011

Zaman Kini : Lelaki melayu


"Kat sini boleh memancing..tapi saya nak pancing awak...typical malay Man!!!!"

"Biasalah lelaki Melayu nih penuh dgn kiasan.."


Antara kata-kata kawan aku yang penuh emosi bila berbicara soal lelaki khasnya lelaki melayu.


July 25, 2011

Dedikasi buat yang tersayang


Kau mengajar aku erti kemanusiaan. Kau membantu aku mengatasi rasa takut. Kau berjaya buat aku lemah dengan kecomelanmu. Kau yang teristimewa.

RIP
Lembu Binti Jelita
Mac 2011 - July 2011

July 20, 2011

Zaman Lampau : Pengalaman aku ditikam dari belakang


Kalau nak cerita pasal pengalaman kena tikam dari belakang ni aku rasa tulis dalam 1 buku pun tak habis. Tapi bila dengar lagu Graduation by Vitamin C itu hari aku tiba-tiba teringat pengalaman kena tikam dari belakang versi halus fasa 1 masa aku sekolah menengah rendah.
Dulu subjek yang aku paling minat sekali dekat sekolah ialah subjek English. Aku pun kurang ingat dan kurang pasti sebab utama aku minat subjek ni; mungkin sebab aku suka pada bahasanya atau mungkin jugak sebab aku suka dekat semua tenaga pengajar untuk subjek English yang memang sinonim dengan sifat energetik mereka (termasuklah tenaga pengajar untuk subjek BEL (English) dekat UiTM). Kisah ini bukan pasal tenaga pengajar yang suka melompat-lompat di dalam kelas tu,tapi kisah seorang kawan kelas aku yang tak sama bangsa dengan aku (jangan insert unsur racism dekat sini) yang dah mengkhianati aku.
Aku tak ingat apa yang jadi dan macam mana keadaan sebenar ketika itu. Yang aku ingat, aku rasa seronok amat macam lelaki-lelaki dekat mamak yang gembira bila pasukan bola pilihan mereka berjaya jaringkan gol sebab aku dapat siapkan lebih kurang 3 short poems rekaan sendiri seperti yang teacher English aku mintak sehari sebelumnya. Terlalu seronok sampai aku terkinja-kinja melompat-lompat bercerita dengan setiap isi di dalam kelas yang aku ada 3 short poems rekaan sendiri sambil menunjuk-nunjuk kertas yang aku tulis short poems itu. Terlalu gembira rasanya aku bila kawan-kawan kelas berebut nak ambik kertas yang aku tulis short poems itu untuk membaca poems nya.
Dan akibatnya, seorang dari kawan-kawan kelas aku tanpa rasa bersalah meniru salah satu poems rekaan sendiri itu.
Dan dia dipuji oleh teacher English aku.
Sedangkan aku tidak.








Celaka.