March 29, 2011

Cerpen : Aku PolaroidGeek dan Kamu DSLRFag


Kita terserempak di dalam LRT ketika kamu dan rakan-rakanmu sedang riuh mempromosi kamera masing-masing. Melihat kamera kalian yang besar dan boleh dipusing-pusing lensanya itu,aku jadi segan sendiri. Lantas aku menjauhkan diri dari kamu dan rakan-rakanmu. "Ah biarkan saja mereka yang kaya itu bergaya seperti seorang kapitalis,asal mereka tak ganggu aku", fikirku sambil melayan lagu The Kooks di Android.

Tiba di stesyen Pasar Seni, aku bergegas mahu keluar dari LRT itu dan kebetulannya terlanggar kamu. Atau sebetulnya,terlanggar kamera kamu. Marah sekali kamu ya. Aku masih ingat lagi betapa kawan-kawanmu memarahi aku dan mentertawakan aku hanya kerana aku membawa sebuah polaroid dan bukan sebuah DSLR. "Maaf",kataku. "Ini name card saya, kalau nak claim apa-apa boleh text atau call saya nanti. Sekarang saya dah lambat nak pergi event ni. Pergi dulu."

Dan malam itu kamu text aku. "Kamera saya rosak la,lens kena tukar". Terus kamu ajakku ke Lowyat esoknya,untuk cari ganti pada lens yang rosak itu. Aku ikut saja katamu kerana aku memang dungu berkenaan kamera besar itu. Dan rupanya kamu tipu aku. Kamera besarmu itu sedikit pun tiada yang rosak. "Hampeh punya DSLRfag".

Tanpa aku sedar,kita semakin rapat sejak itu. Hidupku terasa aneh bila kita tidak berhubung. Aku rasa kamu juga begitu. Aku perasan? Ya,mungkin. Tapi jika tidak benar,aku tak yakin kamu mahu bertahan tidak tidur malam selama seminggu hanya untuk bercakap dengan aku.

Untuk itu, terima kasih kawan. Kamu muncul dalam hidup aku tepat pada masanya. Aku perlukan seseorang ketika ini,seseorang hanya untuk bercakap dan bukan seseorang untuk dikasihi atau mengasihi. Dan bagi aku,kamu lah satu-satunya lelaki yang memahami situasi aku. Ya,aku hanya mahu kawan untuk bercakap. Kamu adalah kawan itu.


Bersambung......