April 11, 2011

Zaman Kini : Anjing.


Jadi sekarang dekat tempat kerja aku hanya tinggal beberapa kerat je hamba abdi termasuk aku. Yang lain-lain semua dah pasrah,dah mengalah. Sistem kapitalis campur komunis yang diterapkan dalam budaya tempat kerja aku memang betul-betul buat kami si hamba abdi bengang. Kata orang putih,perangai macam leeches. Tapi itulah, aku ni pun dah macam nyawa-nyawa ikan dah nak bertahan. Kadang-kadang rasa macam nak terus hantar surat resign,kadang-kadang rasa rugi pulak bila kena menganggur lama-lama. Yang paling aku tak faham bila bos selalu sangat nak cari kesalahan kami si hamba abdi. Sedangkan selalunya itu adalah kesalahan si anjing kurap yang rajin menjilat. Susah,susah kalau kena hidup macam ni. Yang anjing menyalak-nyalak itulah yang diangkatnya. Sedangkan kita, manusia biasa tidak punya suara untuk berkata. Walaupun untuk berkata tidak jika bos mahu ajak ke disko. Atau jika bos mahu ajak ke katil.



2 comments:

Encik Psychopath said...

disko ? on je.



cari kerja lain dulu sebelum resign.

Hashim Zabidi said...

Wah! demikian banyak entri anarki Lanjut Usia (ALU)keluarkan,
Sampai tak terjejak dek Paktua yang keletihan,

Kali ini biar paktua pula mengumpan
genre apa pula bakal dipersembahkan.