February 23, 2011

Zaman Kini : Hidup kalau takde cita-cita ni susah


Semalam aku pergi training personal development kejadah apa entah. Kononnya lepas balik dari training tu boleh jadi orang yang lebih berwawasan tinggi dan lebih produktif dalam membuat kerja.


...........................................

Esok hari Khamis dan macam biasa aku malas nak pergi kerja. Selalunya malam sebelum pergi kerja aku akan buat fashion show dalam bilik pilih baju mana yang boleh naikkan taraf confidence aku bila naik KTM untuk menunjukkan aku seorang yang sudah bekerja dan bukan seorang budak yang baru habis SPM. Tapi malam ni aku tak jumpa apa-apa baju yang sesuai untuk esok. Aku rasa esok mesti ada meeting. Bos aku pulak dalam meeting suka sangat membebel macam opis tu rumah sendiri. Yang penting aku kena bawak buku semangat #1 aku esok. Selain dari main game Barbie dalam Android, aku lebih senang baca buku semangat #1 dari tengok pasangan perasan hot tak tahu malu dalam KTM/LRT. Atau pun tengok mak hayam/pengkid masuk dalam gerabak wanita tanpa tahu segan.


.........................................

Apa yang aku tak suka masa pergi training ialah bila kena training dengan orang yang sama umur dengan Papa. Bila ada group activity, diorang akan mula tanya "hah,siapa ada idea?". Bila aku bagi idea diorang buat-buat tak dengar dan ambil idea orang lain. Lepas dah sejam sibuk nak cakap aku orang paling pasif dalam group,tak bagi sumbangan langsung. Like wadefak la kan orang-orang macam ni. Aku tak tahu la samada faktor fizikal aku ke yang buat diorang tak pandai nak hormat pendapat aku. Atau perangai diorang memang jenis celaka macam tu. Apa-apa pun nasib baik aku dapat Kek Lapis Sarawak dikirim oleh orang jauh semalam sebagai penenang diri.


........................................

Esok plan nak balik kerja awal lepas kejadian bangang hari tu (rujuk entri lepas). Boleh la aku pergi tengok barang-barang baru yang ada dekat Midvalley lepas tu jual barang-barang lama yang ada dalam almari rumah dekat orang-orang kebanyakan.

Apa-apa jela.


No comments: