Hidup semakin susah, simpanan semakin tipis, dan badan semakin kurus. Aku sedar aku menganggur, aku sedar aku menumpang, aku sedar aku menyusahkan semua pihak.
Orang kaya dapat penghormatan, pujian, bodekan, dan layanan mesra hanya sebab mereka punya lebih wang untuk belanja orang itu, belanja orang ini. Sedangkan yang miskin tidak dapat penghormatan dan layanan yang sama hanya sebab mereka tidak cukup duit untuk belanja diri sendiri, apatah lagi belanja orang lain.
Macam mana pulak jika yang kaya tadi sudah jatuh miskin? Bankrupt? Duit zero? Adakah si pembodek-pembodek tadi akan layan si kaya dengan layanan yang mesra seperti selalu? Atau mereka perlahan-lahan menjauhkan diri untuk mendekati orang kaya yang lain?
Apa yang aku belajar hari ni, tahap kewangan memang boleh membezakan layanan. Yang berduit lebih pasti akan lebih digemari, dan yang berduit kurang pasti akan dipandang hina. Bukan setakat dihina oleh masyarakat, malah mungkin dihina dan dipinggirkan oleh adik-beradik sendiri.
.....................
Lagu Tema: Rhubarb and Custard by Poppy and the Jezebels.
2 comments:
Ibu Taty,
Yang susah tidak selamanya, demikian dengan yg senang. Peringatan itu kena dikenang juga bila tikanya senang.
Paktua ini orang besar tak bergelar dan orang kaya tak berduit.
Pak Tua kaya dengan anak dan cucu.
Post a Comment