Beberapa bulan sebelum 14-01-1993.
Aku tengok Mama semakin hari semakin gemuk. Dan buncit. Apa yang Mama makan sampai badan Mama berubah macam ni sekali, aku pun tak tahu. Yang penting bagi aku waktu tu aku dapat susu dan nestum yang secukupnya dari Mama. Aku tak pernah sangka perut Mama yang buncit tu ada 'orang'. Patut la Mama selalu muntah-muntah dan sakit badan, rupanya 'orang' ni la yang buat Mama jadi macam tu. Aku marah sangat dekat 'orang' yang ada dalam perut Mama tu, sebab aku tak puas hati dia buat Mama macam ni. Haish. Aku tak puas hati bila saudara-mara datang diorang usap-usap perut Mama, diorang tak usap-usap pun rambut aku macam dulu. Bagi aku diorang semua dah tak sayang aku lagi, dah tak anggap aku intan payung diorang lagi. Mama dan Papa pun sama, diorang asyik-asyik kata nak shopping baju untuk 'orang' dalam perut Mama, diorang mana ada shopping baju aku lagi sejak perut Mama ada 'orang' tu. Aku jealous, kenapa tah si 'penyibuk' tu yang dapat publisiti lebih dari aku, sedangkan aku anak manja kesayangan famili. Aku mengamuk sepuas-puas hati aku.
14-01-1993.
Hari ni Mama kata si 'penyibuk' dah nak keluar dari perut Mama, sebab dia nak tengok dunia macam mana. Dia nak tengok muka kamu macam mana, Mama cakap. Ah aku tak percaya, bagi aku kelahiran si 'penyibuk' ni bakal buatkan kehidupan aku lebih susah dan sesak sebab Mama mesti dah tak sayangkan aku lagi lepas budak ni lahir. Time aku tengah feeling sorang-sorang fikir nasib dan masa depan aku, tiba-tiba Mama panggil. 'Baby bagi la nama dekat boboy ni, ni kan adik Baby', Mama cakap. Aku pelik, tapi aku suka. Mama kata si 'penyibuk' ni adik aku, eh betul ke? Aku boleh bagi nama kat adik aku, betul ke? Yes, Mama sayang dekat aku lagi, sebab Mama suruh aku bagi nama untuk adik aku. Masa tu nama lelaki yang aku paling ingat sekali :Mohd. Ali Rafik : nama budak lelaki 1 kelas tadika dengan aku, merangkap 1st crush aku masa umur 3 tahun.
06-04-2010.
Sekarang si 'penyibuk' ni dah besar (umur dah 17 tahun), lagi besar dari aku. Dia memang buat hidup aku susah sebab suka buli aku, suka tendang aku ikut suka hati dia; dia jugak buat aku sesak sebab kena belanja dia bila-bila nak hangout adik beradik. Walau apa pun yang dia dah buat kat aku selama ni, aku terpaksa jugak tahan sebab dia la satu-satunya adik lelaki aku dalam dunia ni, adik sulung aku pulak tu. Aku yang bagi nama kat dia, jadi aku rasa macam bertanggungjawab pulak nak jaga dia dengan lebih lagi walaupun dia marah kenapa tak bagi nama yang urban sikit untuk dia. Macam mana kuat pun tendangan kaki dia kat badan aku, macam mana busuk pun aku rasa bau badan dia, dia tetap adik lelaki aku kan.
Kata Kaki : Tapi kadang-kadang aku tetap rasa perangai dia macam celaka.
Lagu tema: MMMBop by Hanson
*Entri ini dibuat dalam masa 2 minit, memang agak kucar kacir.
9 comments:
Seorang ibu atau bakal ibu bercerita fasal ibu yang pernah mengandungkan bakal ibu itu untuk berkongsi tahu mengenai sakit senang ibu melahirkan adik pada bakal si ibu itu yang akhirnya tidak lagi syahdu pada si penyinbuk itu.
Maksud Pak Tua saya perlu ubah entri ini?
Ibu Taty, salam...
Sesungguhnya entri kamu sangat menarik kerana berjaya melahirkan perasaan seorang kanak- kanak (kamu)yang bakal mendapat adik. Perasaan seorang kanak-kanak yg bakal dapat adik memang begitu. Ada rasa iri hati dan cemburu. Tetapi sebaik sahaja adiknya lahir, untuk seminggu dua hatinya masih lagi memendam rasa marah. Semakin adiknya membesar, marahnya akan bertukar sayang. Senakal manapun adiknya itu kakaknya tetap sayang. Bukan begitu Taty!
"Bakal ibu" maksud Paktua ialah kamu sendiri, yang bakal jadi ibu tak lama lagi bukan? Sengaja Paktua tulis begitu agar kamu dapat memahami kedudukan ibu kamu dan kamu masa kecil dan kamu yang bakal jadi ibu kelak. Dan begitulah seterusnya perasaan-perasaan begitu yang bakal atau mungkin terjadi pada anak-anak kamu pula. Ok Bu Taty.
Salam Pak Tua, terima kasih. Yang kurang jelas sudah dijelaskan. Maaf mintak Pak Tua terangkan lagi sekali. Terima kasih daun keladi ya Pak Tua.
uuuuuuu..........
gua tak penah ingat macam mna mak gua mengandung. hahahah!
mujur crush ko tu nama indah jugak. tak sanggup nk bayang kalo nama dia agak kurang lazat
angie,aku ingat sebab mak aku selalu cerita.
lagipun aku memang pilih crush-crush yang nama sedap je walaupun muka tak sedap mana.
seorang ibu atau bakal ibu (iaitu kamu) bercerita fasal ibunya (ibu kamu) yang mengandung dan bakal melahirkan adik kamu, adik kamu yang kamu kata penibuk itu.
Faham? jika masih ragu, anggap sajalah komen Paktua itu sebagai sesuatu yang tak bermutu.
Salam. Pak Tua, sebenarnya saya dah faham dah dengan keterangan Pak Tua hari tu. Hehe terima kasih sebab Pak Tua sudi baca dan komen entri saya. Komen Pak Tua yang paling bermutu setakat ni. Tak tipu =)
Post a Comment