March 1, 2010

Zaman Lampau : Aku dan Mereka.


Dari tahun 1988 hingga ke tahun 1992, aku adalah yang paling bongsu dalam keluarga. Akulah yang manja, akulah intan payung keluarga, akulah segalanya bagi mereka. Ketika itu adik-beradik aku semuanya perempuan, dan memakai baju yang sama warna, sama gaya, sama bentuk dan sama-sama adalah sesuatu yang sangat dibanggakan kami seberadik. Aku sangat disayangi oleh Kakak Kedua dan sangat dibenci oleh Kakak Sulung. Rupanya jadi Si Bongsu bukan senang. Tak semua sayang Si Bongsu dan tak semua benci Si Bongsu. Dalam kes aku, aku sangat tak disenangi oleh Kakak Sulung. Sampai sekarang aku masih mencari punca dan sebab musabab Kakak Sulung tak suka aku dan benci aku. Tapi rasanya mungkin disebabkan sifat aku yang suka melawan dan suka memberontak membuatkan Kakak Sulung tak dapat terima kehadiran aku langsung.

Aku ingat lagi, dulu pakaian kami bertiga mesti sama dan serupa. Kalau Kakak Sulung ada skirt tutu, aku dan Kakak Kedua pun mesti ada. Tengok dari jauh, kami bertiga macam adik-kakak yang sangat rapat dan sangat riang. Hakikatnya, hubungan aku dengan Kakak Sulung makin lama makin menjauh. Aku rasa dia tak pernah pun anggap aku ni adik dia. Dulu masa kami kecik-kecik,Kakak Sulung selalu cari gaduh dengan aku ataupun kadang-kadang aku yang cari gaduh dengan dia. Kami selalu bertekak dan masam-masam muka. Tapi yang buat aku pelik, bila setiap kali kami pergi shopping dengan Mama, dia mesti tarik tangan aku ajak pergi ke tempat Barbie Doll. Walaupun sebelum tu kami bergaduh dalam kereta, bila sampai kat seksyen Barbie Doll mesti dia bercerita itu ini dan gelak ketawa dengan aku. Takde pulak dia nak ajak Kakak Kedua sekali. Dia jugak lah orang nya yang memaksa aku untuk memaksa Mama belikan aku doll tersebut. Disebabkan aku Si Bongsu, Mama memang ikut aje cakap aku.

Dalam dunia ni, orang yang aku paling sayang dan percaya selepas Allah, Nabi S.A.W, dan Mama Papa adalah Kakak Kedua. Nak kata aku terlebih manja dengan dia, mungkin jugak sebab sampai sekarang Kakak Kedua akan dodoikan aku tidur kalau aku mintak. Apa yang aku ingat, Kakak Kedua pernah buat aku menangis tak henti-henti macam budak asrama perempuan yang histeria masa aku umur 5 tahun. Kes Kakak Kedua yang jatuh-longkang-sampai-koma betul-betul bagi kesan pada aku sampai aku pernah doa biar ajal aku yang sampai dulu sebelum Kakak Kedua sebab aku tak boleh hidup tanpa dia. Ini bukan kasih sayang seorang kekasih kepada pasangan Lesbiannya, tapi ini adalah kasih sayang seorang adik kepada kakak yang telah banyak berkorban.

Permintaan aku kali ini tak banyak, aku cuma harap hubungan aku dengan Kakak Sulung akan pulih walaupun sudah beberapa tahun kami tak bertegur sapa. Aku juga harap Kakak Kedua akan sembuh dari kesakitan semasa koma dulu dan jadi seperti orang 'normal' yang seusia dengannya. Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap... aku dapat kahwin dengan seseorang bernama Fahrin Ahmad..







Aku menangis sebab dipaksa naik basikal, bukan sebab aku nak bawak basikal.


5 comments:

JelinaJoli said...

yg las tu aku takmo komen lebih. aku takut nati ko clash, join team linda onn plak. masuh terjah. baru ko tau

Syamims B said...

angie: takpe abang nas sayang aku.

Encik Psychopath said...

fahrin ahmad dah bace. dye mintak no u. nak bagi ker?

Syamims B said...

akmall: i memang selalu text dengan dia malam2.

Hashim Zabidi said...

ibu Taty,

terima kasih kerana sudi singgah ke rumah pakcik. Buatlah macam rumah sendiri.